Jumaat, 1 Februari 2019 | 7:20pm

3 pelajar maut, 19 cedera laluan pejalan kaki runtuh

JOHANNESBURG: Tiga pelajar maut dan 19 lagi cedera serius apabila laluan pejalan kaki runtuh di sekolah tinggi hari ini, kata pegawai.

“Kejadian ini amat menyedihkan saya.

“Kami mengesahkan 26 pejalan kaki menjadi mangsa, dengan tiga kematian iaitu dua lelaki dan seorang perempuan,” kata Menteri Pendidikan wilayah, Panyaza Lesufi, kepada wartawan selepas kemalangan di sekolah Hoerskool Driehoek di Vanderbijlpark, 50 kilometer ke selatan Johannesburg.

Mangsa yang terbunuh berusia antara 13 dan 18 tahun.

Sementara 19 lagi pelajar cedera serius, manakala dua cedera ringan dan dua lagi dibenarkan keluar hospital.

Seorang guru memberitahu media tempatan kejadian berlaku sejurus selepas perhimpunan pagi.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan pelajar yang terperangkap dalam runtuhan.

Laluan pejalan kaki itu menghubungkan blok pentadbiran dengan bilik darjah. — AFP

248 dibaca
Berita Harian X