Isnin, 21 Januari 2019 | 10:43pm
PRESIDEN Uganda, Yoweri Museveni - Foto Courtesy

Uganda henti serta merta keluar lesen perjudian

KAMPALA: Presiden Uganda, Yoweri Museveni sudah mengarahkan pihak berkuasa menghentikan pengeluaran dan memperbaharui lesen syarikat perjudian sebagai usaha mengekang aktiviti perjudian di negara itu.

“Arahan sudah diterima di atas perkara itu dan ia akan dilaksanakan,” kata Menteri Kewangan, David Bahati memberitahu AFP.

Bercakap kepada akhbar Daily Monitor, Bahati berkata Museveni memerintahkan ‘mulai sekarang dan seterusnya, tiada syarikat akan diberi lesen’.

Katanya, kepada syarikat yang sudah mempunyainya, tiada lagi pembaharuan lesen apabila sudah tamat tempoh.

Perjudian terutamanya dalam sukan dikatakan sudah menjadi fenomena di Timur Afrika tambahan ia didorong kecanggihan teknologi satelit, televisyen digital dengan telefon pintar yang membolehkan perjudian dalam talian menerusi aplikasi tertentu.

Hanya dalam beberapa tahun, kedai perjudian tumbuh seperti cendawan selepas hujan di bandar-bandar, pekan dan perkampungan di seluruh Uganda. - AFP

401 dibaca
Berita Harian X