Sabtu, 26 Mei 2018 | 8:35pm

48 maut nahas tiga kenderaan di Uganda

KAMPALA: Empat puluh lapan maut termasuk tiga kanak-kanak apabila bas merempuh traktor yang dipandu tanpa memasang lampu pada waktu malam dan sebuah trak di utara Uganda hari ini.

"Pasukan penyelamat berusaha tanpa mengenal letih untuk menyelamatkan mangsa yang cedera," kata jurucakap polis Uganda, Emilian Kayima, menambah pemandu ketiga-tiga kenderaan meninggal dunia.

Kemalangan berlaku malam semalam di Kiryandongo, kira-kira 220 kilometer ke utara Kampala.

Bas terbabit bertembung dengan traktor dahulu sebelum merempuh trak yang membawa bir.

Uganda mencatatkan antara rekod keselamatan jalan raya terburuk, disebabkan keadaan kenderaan dan jalan raya selain pemanduan bahaya.

Lebih 9,500 meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negara itu antara 2015 dan 2017, menurut perangkaan Kementerian Pengangkutan, dengan keadaan semakin buruk setiap tahun. - AFP

Berita Harian X