Rabu, 6 November 2019 | 7:44pm

Pendapat Smashpop mengenai HUAWEI Mate 30 Pro selepas seminggu

KUALA LUMPUR: Kemunculan pelbagai kelebihan teknologi yang terdapat pada telefon pintar hari demi hari, semakin canggih, malah setanding dengan kamera DSLR.

Jika dulu, kamera DSLR dilihat teknologi canggih yang mampu menghasilkan gambar berkualiti tinggi, namun kini dengan hanya telefon pintar saja, anda boleh menjadi seperti jurugambar profesional.

HUAWEI antara jenama yang sering menampilkan teknologi terbaik dan menerusi kemunculan HUAWEI Mate30 Pro yang sudah berada di pasaran, Smashpop Jason memberi pendapatnya mengenai HUAWEI Mate 30 Pro selepas seminggu menggunakannya.

Ternyata HUAWEI Mate30 Pro, mempunyai semua ciri-ciri hebat dan memenuhi cita rasa yang diinginkan oleh setiap orang pada telefon pintar itu.

Prestasi kamera luar biasa

Ciri kamera yang dimiliki sangat hebat kerana prestasinya luar biasa, dengan kebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K 60FPS dan video gerak perlahan 7680 FPS pada resolusi 720P.

Ia mempunyai kamera utama Mate30 dengan gabungan lensa 40MP (sudut lebar)+16MP (Ultra sudut lebar)+8MP (telefoto zum 3x) dan kamera swafoto pula adalah 24MP.

Sistem penstabilan OIS dan AIS disertakan bagi memastikan video yang diambil tidak menghadapi masalah gegaran.

Reka bentuk futuristik

Jason juga turut menyukai reka bentuk HUAWEI Mate30 Pro kerana bingkai skrin yang kecil menempatkan sebuah kamera swafoto dan sensor mengesan pergerakan tangan.

Rekabentuk skrin melengkung juga memudahkan pengguna yang berminat bermain permainan dalam talian di mana skrin melengkung pada Mate30 Pro ini dimuatkan dengan butang L&R.

Bateri tahan lama

Bukan setakat ciri itu saja, jangka hayat bateri juga satu keperluan dan menerusi HUAWEI Mate30 Pro, ia membekalkan kuasa bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 40W secara berwayar dan 27W secara nirwayar.

Malah, setiap pembelian Mate30 Pro disertakan dengan 40W SuperCharge.

Tiada GMS, boleh diselesaikan

Biarpun hampir keseluruhan ciri pada HUAWEI Mate30 Pro ini berada pada tahap terbaik, Jason menyatakan masih ada kekurangan tetapi ada penyelesaiannya.

Ini kerana HUAWEI Mate30 Pro ini tidak didatang dengan GMS atau lebih dikenali sebagai Google Mobile Services. Jadi, apa yang anda boleh lakukan ialah dengan mendapatkan tip penting untuk memuat naik Google pada peranti Mate30 Pro melalui cara penyelesaian yang sedia ada di internet.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan HUAWEI Mate30 Pro ini memuaskan kerana berciri futuristik, memiliki peranti yang praktikal lengkap dengan skrin lebih besar, kuasa memproses yang sama dan rekaan praktikal.

Malah, ia juga sesuai untuk pengguna yang mementingkan pengambilan videografi serta fotografi yang bertaraf profesional pada harga pasaran RM 3,899 saja dengan kapasiti storan 8GB Ram dan 256 GB.

Untuk pengguna yang berminat untuk membeli Mate30 Pro ini, mereka boleh menggunakan Referral kod khas Smashpop iaitu : aa29b.

Anda boleh membuat pra tempahan dengan melayari pautan https://mate30seriesreferral.3ex.com.my/ dan berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik.

Maklum balas Jason mengenai HUAWEI Mate30 Pro ini boleh ditonton di pautan berikut:

Berita Harian X