Rabu, 14 Ogos 2019 | 6:01pm
KETUA Perniagaan, Shopee Malaysia, Zed Li (kiri) bersama Pengarah E-Dagang , Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Song Hock Koon pada pelancaran 9.9 Super Shopping Day. - Foto Owee Ah Chun

Penghantaran percuma Shopee 9.9 Super Shopping Day

KUALA LUMPUR: Shopee menawarkan penghantaran percuma menerusi perbelanjaan minimum RM9 sempena kempen membeli-belah tahunannya, 9.9 Super Shopping Day.  

Ketua Bahagian Perniagaannya, Zed Li, berkata, Shopee komited memberi penjimatan kepada pembeli dan sempena 9.9 Super Shopping Day, pengguna mendapat penjimatan sehingga 90 peratus berbanding purata penjimatan sebanyak 20 peratus untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa.  

"9.9 Super Shopping Day akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September ini dan Shopee memberi tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori jenama besar.

"Kami menjangkakan jualan sempena kempen ini sama seperti tahun sebelumnya, namun kali ini Shopee menawarkan lebih banyak barangan termasuk barangan terpilih pada harga RM1," katanya pada majlis pelancaran 9.9 Super Shopping Day di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah E-Dagang Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Song Hock Koon.

Mengulas lanjut, Zed berkata, bagi terus mendorong penggunaan e-dagang dna menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum bagi penghantaran percuma kepada RM9.

Antara promosi hebat kempen 9.9 Super Shopping Day adalah Jualan Kilat Shocking (tawaran serendah RM1), Pek Baucar Hebat RM9.90, 'One or Not' (21 motosikal Yamaha, satu Honda City hanya untuk RM1) dan pelbagai lagi.

Selain itu, Shopee turut mengumumkan duta baharunya, Cristiano Ronaldo, yang akan menyertai pelbagai inisiatif Shopee di seluruh rantau ini.

Berita Harian X