Jumaat, 2 Ogos 2019 | 9:01am

Peluang terakhir sebelum 4 Ogos di Karnival HUAWEI

KUALA LUMPUR: Karnival HUAWEI 2019 yang berlangsung dari 27 Julai hingga 4 Ogos ini, paling meriah dan dinanti-nantikan kerana ia menawarkan hadiah sehingga mencecah nilai RM1 juta untuk direbut.

Bukan itu sahaja, ada telefon pintar baharu yang diperkenalkan iaitu HUAWEI Y9 Prime 2019 dengan ciri-ciri premium pada harga hanya RM899.

Karnival itu turut memberi kejutan kepada peminat Mate dan P30 Pro dengan menawarkan harga baharu jauh lebih menarik kepada pelanggan HUAWEI supaya ia menjadi karnival paling diingati.

Jadi, jika anda belum lagi berkunjung ke karnival ini, hujung minggu ini peluang terakhir anda untuk merebut tawaran, sementara masih ada.

Antara yang menarik, jika anda tercari-cari telefon pintar idaman hati pada harga yang jauh berbeza dengan ciri hebat, HUAWEI menawarkan harga baharu untuk beberapa model terpilih.

Harga baharu model terpilih

Anda boleh dapatkan HUAWEI Mate 20 Pro pada harga RM2,599 ( daripada RM2,999), HUAWEI Mate 20 X berharga RM2,599 (daripada RM2,899), HUAWEI Mate 20 berharga RM2,099 (daripada RM2,399) dan HUAWEI P30 Pro 512GB berharga RM3,899 (daripada RM4,399).

Bukan setakat tawaran harga baharu untuk peminat Mate dan P30 Pro, tetapi HUAWEI juga menawarkan hadiah utama iaitu kereta Mercedes GLA200 Night Edition serta100 unit E-bike Orbit dan 400 unit Electric Scooters untuk dimenangi oleh pengunjung yang hadir.

Jadi, jangan berlengah lagi kerana karnival yang akan berakhir pada hujung minggu juga memberikan pelbagai diskaun, tawaran eksklusif dan kejutan hadiah sehingga mencecah RM1 juta untuk setiap pengunjung.

Karnival yang bertujuan untuk memperkenalkan HUAWEI Y9 Prime 2019 pada harga RM899 juga melayakkan peluang pembeli membawa pulang kereta Mercedes Benz!

Kelebihan HUAWEI Y9 Prime 2019

HUAWEI Y9 Prime 2019 ini mempunyai ciri seperti kamera auto pop-up, skrin paparan besar 6.59 inci dan dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang mampu meningkatkan kuasa keseluruhan. Ia dikuasakan cip Kirin 710 dan mempunyai penyimpanan memori sebesar 4GB RAM dan 128 GB ROM menjadikan ia lebih pantas dan lebih cekap di samping tiga kamera dengan USB Type-C / Port Pengecasan, reka bentuk premium selain menggunakan Android Pie EMUI 9.0.

Rebut lebih banyak hadiah

Bermula 27 Julai lalu hingga 4 Ogos ini, peminat HUAWEI yang membeli telefon pintar dalam talian atau ketika Karnival HUAWEI berlangsung, tidak terlepas berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Untuk peluang membawa pulang Mercedes GLA200 Night edition, E-bike Orbit atau Electric Scooters Starlight, anda perlu melengkapkan tiga langkah;

Langkah 1. Imbas kod QR

Langkah 2. Jawab soalan mudah

Langkah 3. Lampirkan resit sebagai bukti pembelian.

Pemenang akan diumum di Facebook HUAWEI pada 30 Ogos ini dan pastikan resit asal dibawa ketika menebus hadiah cabutan bertuah. Peluang akan tersingkir jika tidak memiliki resit asal.

Cara tebus hadiah eksklusif

Selain memenangi hadiah menarik yang ditawarkan, terdapat juga 30 hotspot HUAWEI seluruh negara untuk pengguna menyertai sesi Spin & Win / Dip Draw untuk peluang menang dan menebus hadiah eksklusif yang ditawarkan.

Berikut adalah langkah untuk menebus hadiah eksklusif di kawasan hotspot HUAWEI terpilih;

Langkah 1: Beli model terpilih ketika tempoh karnival dari 27 Julai hingga 4 Ogos

Langkah 2: Simpan resit sebagai bukti pembelian dan dapatkannya di 30 hotspot HUAWEI.

Langkah 3: Spin & Win atau Draw Dip di 30 hotspot HUAWEI

Datang, Jangan tak datang!

Sejak hari pertama Karnival HUAWEI berlangsung, orang ramai berpusu-pusu datang ke karnival ini. Jadi, anda juga jangan ketinggalan datang ke karnival ini!

Di samping itu, HUAWEI buat julung kalinya memperkenalkan program manfaat pengguna untuk Siri Y ketika Karnival HUAWEI diadakan.

Pengguna Siri Y boleh menebus hadiah eksklusif daripada pelbagai jenama rakan kongsi menerusi Member Center. Ia boleh di muat turun di HUAWEI AppGallery.

Jangan tunggu lagi, segera ke lokasi hotspots dan layari HUAWEI Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai Karnival HUAWEI, HUAWEI Y9 Prime 2019, HUAWEI Siri MATE 20 dan HUAWEI PRO 30!

Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat jualan HUAWEI terdekat atau hubungi hotline : 1800 22 0086

Tertakluk kepada terma & syarat dan sementara stok masih ada.

8370 dibaca
Berita Harian X