Sabtu, 27 Julai 2019 | 9:07am

Karnival HUAWEI 2019 bermula hari ini, pastikan anda datang

KUALA LUMPUR: Pengunjung yang mengunjungi Karnival HUAWEI 2019 bermula hari ini sehingga 4 Ogos berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah bernilai sehingga RM1 juta.

Tawaran istimewa itu juga adalah sempena pelancaran telefon pintar HUAWEI Y9 Prime 2019 yang memiliki kamera automatik pop-up.

Menariknya, hadiah utama yang ditawarkan ialah kereta Mercedes GLA200 Night Edition serta 100 unit E-bike Orbit dan 400 unit Electric Scooters untuk dimenangi oleh setiap pengunjung yang hadir.

Peraduan Cabutan Bertuah

Bukan saja berpeluang memenangi hadiah menarik, tetapi pengunjung yang membeli model HUAWEI terpilih juga layak untuk menebus hadiah eksklusif, sah sepanjang Karnival HUAWEI 2019 itu berlangsung.

Dengan hanya tiga langkah mudah saja, anda boleh menyertai cabutan bertuah untuk merebut hadiah ditawarkan.

Langkah 1: Imbas kod QR tertera atau layari HUAWEI VIP https://huaweirewards.com dan klik pada HUAWEI Carnival.

Langkah 2: Jawab soalan mudah dan isi butiran peribadi

Langkah 3: Lampirkan resit sebagai bukti pembelian.

Pemenang hanya akan diumum di Facebook HUAWEI pada 30 Ogos ini dan pastikan resit asal dibawa ketika menebus hadiah cabutan bertuah. Peluang akan tersingkir jika tidak memiliki resit asal.

Tebus hadiah eksklusif di 30 hotspots HUAWEI

Terdapat 30 hotspot HUAWEI. seluruh negara untuk pengguna menyertai sesi Spin & Win / Dip Draw untuk peluang menang dan menebus hadiah eksklusif yang ditawarkan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus hadiah eksklusif di kawasan hotspot HUAWEI terpilih.

Langkah 1: Beli model terpilih ketika tempoh karnival dari 27 Julai hingga 4 Ogos

Langkah 2: Simpan resit sebagai bukti pembelian dan dapatkannya di 30 hotspot HUAWEI.

Langkah 3: Spin & Win atau Draw Dip di 30 hotspot HUAWEI untuk berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif seperti tripod profesional, kad Starbucks bernilai RM10 dan RM50, pembesar suara, Type C HDMI dan Converter dan hadiah lain.

HUAWEI Y9 Prime 2019

Jadi sempena pelancaran telefon pintar HUAWEI Y9 Prime 2019 yang memiliki kamera automatik pop-up ini, marilah beramai-ramai berkunjung ke Karnival HUAWEI 2019 dan beli untuk peluang memiliki hadiah lumayan.

Dengan ciri-ciri lain yang terdapat pada HUAWEI Y9 Prime 2019 ini iaitu saiz skrinnya iaitu 6.59 inci dengan paparan penuh, bateri besar sehingga 4.000 mAh, kamera luas sehingga 120 darjah dan simpanannya besar iaitu 128GB, tidak rugi anda mendapatkannya.

Malah, harga ditawarkan untuk telefon pintar mengikut aliran terkini itu hanya RM899 saja.

Selain itu, HUAWEI juga memperkenalkan harga baharu untuk beberapa model telefon pintarnya.

I.HUAWEI Mate20 Pro (RM2999>RM2599)

II.HUAWEI Mate20 (RM2399> RM2099)

III.HUAWEI Mate20 X (RM2899> RM 2599)

IV.HUAWEI P30 Pro (RM4399 > RM 3899)

V.HUAWEI nova 4e (RM1199> RM 999)

VI.HUAWEI Y7 Pro 2019 (RM649 > RM 599)

Sementara itu, pengguna juga boleh menebus hadiah eksklusif daripada pelbagai rakan kongsi HUAWEI seperti langganan Viu Premium selama enam bulan secara percuma menerusi Pusat Keahlian, iaitu kali pertama diperkenalkan oleh HUAWEI untuk siri Y ini. (Pusat Keahlian boleh dimuat turun menerusi aplikasi AppGallery HUAWEI).

Jadi ini adalah satu-satunya peluang keemasan anda untuk membawa pulang kereta baharu Mercedes dan apa tunggu lagi, datanglah beramai-ramai ke kedai jualan HUAWEI terdekat sebelum anda terlambat untuk merebutnya.

Maklumat lanjut boleh layari laman web HUAWEI Carnival & HUAWEI Y9 Prime 2019. Tertakluk kepada terma & syarat dan sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat jualan HUAWEI terdekat atau hubungi hotline : 1800 22 0086

7806 dibaca
Berita Harian X