Jumaat, 26 Julai 2019 | 7:51pm
OPPO Reno 10x Zum

Celcom pilih OPPO jalani ujian lapangan 5G

KUALA LUMPUR: Peneraju penyedia telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd memilih jenama telefon pintar global, OPPO bagi melancarkan ujian lapangan berkelompok 5G secara langsung yang pertama di Malaysia.

Ujian 5G itu dilakukan dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia telekomunikasi terkedepan menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Pada ujian itu OPPO Reno 10x Zum iaitu model terbaharu daripada siri OPPO Reno yang memiliki kepantasan memuat turun 1.2Gbps dipilih untuk memaparkan kecemerlangan keupayaan 5G.


OPPO Reno 10x Zum

Pemilihan ini juga membuktikan OPPO menjadi perintis kepada era pasaran dan teknologi 5G di Malaysia,

Generasi ke lima teknologi mudah alih atau rangkaian 5G menjadi topikl hangat dalam ruang teknologi Malaysia.

Ia menjanjikan lebih daripada kepantasan memuat turun, sebaliknya rangkaian 5G mempunyai lebih potensi dalam realiti virtual, teknologi dron, talian kesihatan dan internet kebendaan (IoT).

Untuk melihat keupayaan rangkaian 5G, satu daripada telefon pintar dipilih. Bagi ujian kepantasan OPPO Reno 10x zum menjadi pilihan.

OPPO Reno 10x zoom yang mencatat kepantasan muat turun 1.2Gbps menarik perhatian orang ramai.

Kelajuan muat turun yang tinggi membolehkan pengguna memuat naik video YouTube, tambahan data daripada google atau memuat naik info di media sosial dengan pantas, penyambungan dan interaksi atas talian yang lancar.

Sebaik rangkaian 5G dilaksanakan ia tidak hanya meningkatkan kelajuan muat turun tetapi meningkatkan kelajuan sambungan peranti dan komunikasi rangkaian tanpa wayar.

Siri OPPO Reno bukan asing dalam menyediakan permintaaan 5G yang semakin berkembang, malah ia mencita gelombang kesedaran di luar negara dengan menjadi telepon pintar pertama dilancarkan bersempena Projek 5G OPPO yang menyasarkan revolusi dalam industri telefon pintar dengan membawa 5G kepada peranti komersial.

376 dibaca
Berita Harian X