Isnin, 22 Julai 2019 | 4:08pm

Rebut menang hadiah bernilai RM95,000 Pertandingan Fotografi OPPO 'Beyond Your Vision Photography'

KUALA LUMPUR: OPPO dan BH akan mengadakan Peraduan Fotografi OPPO “Beyond Your Vision Photography” dengan tawaran hadiah utama iaitu OPPO Reno series phone atau hadiah lumayan yang lain bernilai sehingga RM95,000.

Peraduan eksklusif untuk pengguna setia OPPO ini bertujuan supaya pengguna dapat mempamerkan kehebatan mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar OPPO, dan anda berpeluang memenangi OPPO Reno, OPPO F11 Pro, O-free earphone, OPPO edisi terhad Barca Beg dan banyak lagi

Lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang gemar mengembara dan melakukan aktiviti lasak untuk diabadikan di dalam telefon bimbit. Jadi, peraduan ini adalah medium tepat untuk memperlihatkan daya kreativiti anda. Oleh itu, OPPO menaja RM95,000 untuk kempen pertandingan fotografi ini dan bekerjasama dengan BH mengadakan Peraduan Fotografi OPPO "Beyond Your Vision Photography”.

Mudah saja, anda hanya perlu mengambil gambar mengikut tema ditetapkan dan terus muat naik di laman sosial Instagram dan sertakan tanda pagar #BeyondYourVisionWithOPPO #OPPORenoSeries #StoryofPatriotismxOPPOmy #OPPOxBeritaHarian.

Peserta digalakkan untuk muat naik gambar sebanyak mana dengan menggunakan telefon pintar OPPO dan pastikan gambar anda mempunyai ‘watermark’ OPPO. Penyertaan ditolak sekiranya tiada watermark.

Peraduan ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 20 Ogos dan pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos ini menerusi laman web serta Facebook OPPO Malaysia.

Tidak terhenti di situ saja, pemenang juga sekali lagi diberi peluang untuk bertanding dalam OPPO Ultimate Award bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000 (tempat pertama), RM2,000 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga)!Bukan setakat itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk mempamerkan gambarnya di Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF).

Tema pertandingan

Jadi, memandangkan peraduan kali ini akan berlangsung sehingga bulan kemerdekaan, tema yang bersesuaian untuk memperlihatkan semangat patriotik anda ialah Story of Patriotism.

Menerusi tema patriotik ini, secara tidak langsung ia dapat memperlihatkan semangat rakyat Malaysia di dalam sebuah negara majmuk yang diterjemahkan dalam sekeping gambar menerusi lensa kamera OPPO. Mungkin ini juga antara satu daripada beberapa cara untuk rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan negara.

Untuk menghasilkan fotografi patriotik yang mana anda boleh menemui perkara tidak kelihatan di Malaysia menggunakan sudut berbeza, OPPO Reno 10x Zoom dilengkapi 48MP kamera utama+ 13MP lensa telephoto +8MP lensa ultra-lebar yang boleh menghasilkan 10x Zum Hibrid dan zum terjauh sebanyak 60x zum, memastikan kualiti tinggi rakaman jarak jauh!

Manakala OPPO Reno mempunyai kamera utama ultra jelas 48MP+5MP dwi kamera belakang untuk menghasilkan gambar dengan efek Bokeh dan gambar potret anda yang menakjubkan!

Siri OPPO Reno - kelebihan dan keunggulan

Fungsi kamera canggih dan menarik terdapat pada telefon pintar antara faktor utama pengguna membuat perbandingan terhadap pelbagai jenama telefon yang terdapat di pasaran. Baru-baru ini, OPPO turut melancarkan siri terbaharu Reno 10x Zoom Hibrid dengan beberapa kelebihan dan keunggulan tersendiri.

Bagi OPPO Reno, ia sama, mempunyai 16MP kamera terangkat pivot dan badan belakang telefon yang licin serta kamera tidak mempunyai bojol, seperti OPPO Reno 10x Zoom, OPPO Reno dilengkapi dengan 48MP +5MP dwi-kamera belakang yang mampu menghasilkan mod malam ultra 2.0 dan mod potret. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710 dan 6GB RAM+256GB ROM, ia juga adalah satu pilihan yang hebat untuk melakukan pelbagai tugasan dengan keupayaan penjimatan kuasa mengagumkan.

OPPO Reno 10x zoom pula mempunyai tri lensa kamera belakang panjang fokus penuh termasuk lensa utama 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP. Keupayaan kameranya ialah ia mampu zum sehingga 60x kali digital zum pertama seumpamanya di pasaran, 10x zum hibrid! Ia dikuasakan dengan Snapdragon 855, memori storan 8GB RAM + 256GB ROM.

Walaupun Harga OPPO Reno 10x Zoom ialah RM3,399 manakala OPPO Reno (Standard Version) berharga RM1,999 di setiap rangkaian kedai dan jualan atas talian serta rakan telco.

Untuk maklumat lanjut tentang “Beyond Your Vision Photography” BH boleh layari di pautan:

• BH: https://www.bharian.com.my/OPPOxBeritaHarian

• Facebook BH: https://www.facebook.com/bhonline/photos/a.10151934319715600/10157446570...

• OPPO: http://oppomalaysia.com.my/beyondyourvision/

850 dibaca
Berita Harian X