Rabu, 10 Julai 2019 | 4:02pm

OPPO perkenalkan Kamera Bawah Skrin pertama di dunia

Memiliki kelebihan lain daripada lain, sering kali menjadi antara faktor utama pengguna memilih telefon pintar.

Untuk itu, terkini jenama telefon pintar, OPPO memperkenalkan teknologi baharu iaitu Kamera bawah Skrin yang menawarkan pengalaman skrin penuh kepada penggunanya.

Pengurus Produk OPPO, Qiao Jiadong, berkata OPPO sentiasa komited menghasilkan produk dan teknologi berinovasi untuk memberi pengalaman lebih mendalam serta komprehensif kepada penggunanya.

Katanya, Kamera bawah Skrin adalah sebahagian daripada visi OPPO untuk masa depan dan berharap dapat mempromosikan evolusi teknologi industri lebih maju.

“Ia adalah inovasi terbaharu dan menerusi integrasi kamera hadapan dan skrin, Kamera bawah Skrin menawarkan pemandangan lengkap, skrin mendalam dan bentuk bersepadu.

“Malah, ia juga membolehkan pengguna mengambil gambar, panggilan video dan ‘face unlock’, selain ia boleh menangkap serta mengawal cahaya ketika mengambil gambar.

“Menerusi algoritma disesuaikan, algoritma penyingkiran jerebu dan algoritma keseimbangan putih, teknologi Kamera bawah Skrin membolehkan gambar yang terhasil sangat cantik kerana ia disokong oleh mod cantik serta ‘filers’,” katanya ketika mendedahkan mengenai teknologi Kamera bawah Skrin itu di MWC Shanghai 2019, baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan tawaran pelbagai fungsi telefon pintar, pengguna menginginkan pemandangan skrin yang lebih luas dan mendalam.

“Setiap produk OPPO dihasilkan dengan penuh bergaya bermula daripada rekaan asas, menghasilkan prototaip sehinggalah terhasilnya produk dengan teknologi canggih, reka bentuknya yang menawan sentiasa menjadi keutamaan.

“OPPO juga berhasrat menjadi pelopor industri telefon pintar yang boleh membawa lebih banyak produk kreatif untuk golongan muda selain memberi inspirasi kepada semua untuk meneroka lebih mandalam.

“Daripada ‘water-drop screen’ kepada ‘pivot structure’ dan kini Kamera bawah Skrin diperkenalkan pula. OPPO berharap dapat memberikan penggunanya skrin penuh maksimum dengan teknologi baharu ini,” katanya.

OPPO Siri Reno dilancarkan

Baru-baru ini, OPPO turut melancarkan siri terbaharu Reno 10x Zoom Hibrid dengan beberapa kelebihan dan keunggulan tersendiri.

Telefon bimbit ini juga dilengkapi dengan tri lensa kamera belakang panjang fokus penuh termasuk lensa utama 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP.

Keupayaan kameranya ialah ia mampu zum sehingga 60x kali digital zum pertama seumpamanya di pasaran, 10x zum hibrid dan mod malam ultra 2.0.

Ia dikuasakan dengan Snapdragon 855, memori storan 8GB RAM + 256GB ROM dan dikuasakan bateri 4,065mAh, dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 baharu.

Malah, 93 peratus ratio skrin penuh adalah suatu yang tidak boleh anda lepaskan kerana ia menyediakan kesempurnaan dalam tugasan harian anda tanpa mengira apa juga keadaan sekali pun.

Walaupun OPPO Reno sama, mempunyai struktur pivot yang semakin meningkat, kamera belakang dua lensa, dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710, ia juga adalah satu pilihan yang hebat untuk melakukan pelbagai tugasan dengan keupayaan penjimatan kuasa mengagumkan.

Selain itu OPPO juga memperkenalkan warna baharu bagi siri OPPO Reno dikenali sebagai Sunset Rose yang hadir dengan warna luar putih dan merah jambu lembut manakala permukaan matte menyerupai cengkerang laut di atas pasir pantai.

Harga OPPO Reno 10x Zoom ialah RM3,399 manakala OPPO Reno (Standard Version) berharga RM1,999 di setiap rangkaian kedai dan jualan atas talian serta rakan telco.

Reka bentuk OPPO

OPPO sentiasa menitikberatkan reka bentuk telefon pintarnya dengan memastikan ia memberi pengalaman skrin panorama dan yakin ini adalah jenama pertama yang memperkenalkan skrin penuh iaitu sesuatu yang diinginkan oleh setiap orang.

Sokongan pengguna menjadikan OPPO bersemangat memberikan yang terbaik. Pada tahun ini, OPPO memperkenalkan F11 Pro dan kini Reno dengan skrin panorama dan menerusi teknologi ini berjaya 450 paten.

OPPO tetapkan had untuk rekaan telefon pintar

DI OPPO, estetik adalah perkara pertama dan konsep ini ditampilkan dalam setiap rekaan untuk memastikan pengguna mengenali setiap produk OPPO.

OPPO sentiasa memberi perhatian kepada keperluan pengguna dan setiap keputusan dilakukan berdasarkan kaji selidik pasaran supaya OPPO dapat menghasilkan setiap keinginan pelanggan.

Telefon pintar bukan sekadar alat komunikasi, tetapi ia adalah hasil kerja seni. Setiap butiran Reno melambangkan OPPO yang baharu daripada central axis, pemilihan warna, G3 melengkung dan keseluruhan rekaan yang tiada sempadan termasuklah perisiannya.

A. Central Axis

Central Axis adalah satu daripada ikon bahasa yang dimasukkan dalam setiap rekaan OPPO. Bagi OPPO Reno, ia dicipta selari dengan kamera belakang, O-dot dan barisan perkataan ‘Designed by OPPO’ yang diinspirasikan daripada seni bina terkenal di dunia seperti The Forbidden City, China, The Lourve, Paris, Taj Mahal, India dan Piramid, Mesir.

B. Warna

OPPO juga pakar dalam warna dan menjadi antara kekuatannya dan ini jelas menunjukkan bagaimana OPPO menjadi peneraju rekaan warna untuk telefon bimbit.

Sebagai contoh, OPPO menggunakan reka bentuk warna kecerunan dalam koleksi terkini yang diilhamkan oleh alam semula jadi seperti F11 Pro Waterfall Grey dan Ocean Green.

Terbaharu Reno Sunset Rose yang diilhamkan daripada matahari terbenam, ros putih dan cengkerang laut, selain turut menggunakan tekstur matte yang melambangkan warna yang penih dengan gaya hidup.

c. Lengkung G3

Reka bentuk G3 yang melengkung juga sangat selesa kerana ia mudah dipegang.

Dalam siri Reno, keseimbangan rekaannya dinamik dan statik, memberikan cengkaman paling semula jadi dengan sifar beban.

Kamera belakang tersembunyi sepenuhnya di belakang memberikan pengalaman pengguna yang unik.

D. Reka bentuk tanpa sempadan

OPPO bukan saja berjaya dalam reka bentuk luarannya, tetapi ia menipiskan alur di tepi kedua-duanya bahagian iaitu sehingga 1.63mm dan alur bawah ialah 3.5mm.

Perisiannya juga lain daripada lain dan dikenali ColorOS 6. OPPO sudah memaksimumkan sistem, menyempurnakan rekaannya semata-mata untuk memastikan keselesaan dan kemudahan yang boleh didapati daripada siri berkenaan.

Kedudukan OPPO di tangga kedua di pasaran Malaysia

Jadi, dengan kelebihan ditawarkan itu, OPPO berjaya menduduki senarai tempat kedua jenama telefon pintar dengan 18.3 peratus pasaran di Malaysia, malah turut mengekalkan kedudukan itu sejak Q3 2018.

Data itu diperoleh daripada kaji selidik Canalys yang menunjukkan peningkatan sebanyak 76 peratus peningkatan untuk penghantaran OPPO dan 18 peratus dalam pasaran mudah alih Malaysia menganggap OPPO sebagai pasaran kedua tertinggi di negara ini.

Sehingga kini, OPPO menjadi pilihan utama dan mencecah 4.4 juta pengguna OPPO di Malaysia. Ini menunjukkan penerimaan begitu positif terhadap jenama ini.

1771 dibaca
Berita Harian X