Jumaat, 5 Julai 2019 | 4:14pm

5 sebab kenapa kini masa terbaik beli HUAWEI

Kemunculan pelbagai jenama telefon pintar baharu pada harga di luar kemampuan seseorang, pastinya meninggalkan kesan kekecewaan kepada mereka yang ingin memilikinya.

Bagaimanapun, teknologi dan ketrampilan ditawarkan pada gajet itu berpadanan dengan harganya. Namun kini, bagi mereka yang masih tercari-cari telefon pintar idaman pertengahan tahun ini, HUAWEI menawarkan tawaran hebat pada Julai ini.

Telefon pintar HUAWEI ini dilengkapi teknologi terkini dan tawaran diberikan menarik sekali dan pastinya membuatkan anda teruja untuk membelinya.

1. 2 (1+1) tahun waranti

Tawaran ini pasti dinanti-nantikan kerana ia menawarkan peningkatan jaminan waranti dua tahun (1+ 1) yang diberikan secara percuma tanpa mengenakan sebarang caj tambahan, sekali gus menghilangkan kerisauan pengguna.

Jaminan waranti itu adalah untuk pembelian HUAWEI Siri P30, Siri Mate 20, Siri Nova 4, nova 3i dan MediaPad M5.

Bagaimanapun, jaminan ini hanya tertakluk diberikan jika pengguna mengaktifkan aplikasi HiCare di telefon pintar dan sah bermula 1 Julai hingga 30 September ini.

2. Harga runtuh sehingga rebat RM400

Harga pastinya menjadi isu dan dilema kewangan membuatkan hajat anda sering terbantut untuk membelinya.

Usah tertekan mengenai hal ini kerana Huawei memberikan rebat sehingga RM400 bagi model pilihan ramai seperti P30 Pro (8+256), P30 dan nova 3i.

P30 Pro memberikan zum video dan gambar yang cantik manakala nova3i menghasilkan swafoto berkualiti tinggi.

3. Lebih banyak aktiviti, lebih manfaat

Bagi menambah nilai kepada pembelian anda, HUAWEI juga mengadakan jualan Online IT Fair dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menjadi rebutan.

Hadiah ditawarkan seperti baucar online sehingga RM1,000, hadiah percuma bernilai hampir RM1,400, kupon untuk Mate 20 Pro bernilai RM400, Flash Deal sehingga 50 peratus potongan harga dan RM20 untuk baucar online.

4. Sokongan daripada pelbagai perniagaan utama

Anda juga tidak perlu risau kerana Shopee, Lazada, Sen Heng dan Courts adalah rakan niaga yang memberikan sokongan kepada HUAWEI untuk memberikan jaminan 100 peratus pulangan semula wang sekiranya perkhidmatan Google seperti Google Play Store, Gmail, Google Map, Google Gallery, Chrome, YouTube, Facebook, Instagram, dan WhatsApp tidak dapat digunakan. Ia bermula 1 Julai hingga 30 September.

5. Naik taraf EMUI9.1

HUAWEI juga mengumumkan bahawa EMUI 9.1 juga sudah dinaik taraf mengikut jadual supaya pengguna tidak bimbang mengenai peranti yang tidak boleh dinaik taraf.

Menerusi naik taraf baharu itu, model sedia ada juga boleh menikmati kelebihan atau mencuba pelbagai fungsi menarik, termasuk panggilan telefon dengan nada dering rakaman video dan kelancaran maksimum melalui GPU Turbo 3.0 yang menyokong lebih 25 permainan antarabangsa.

Selepas naik taraf, Matebook 13 kini mempunyai kelebihan OneTapShare. EMUI 9.1 juga membawakan pengalaman baharu menampilkan ciri EROFS iaitu sistem penyimpanan fail terbaik dan mempunyai 20 peratus kadar bacaan lebih tinggi daripada sistem sedia ada.

Anda boleh ke https://consumer.huawei.com/my/emui/ atau [HiCare] App > [Update] > [Download] bagi menyemak dan memuat turun kemas kini sistem berkenaan.

Kunjungi kedai Online HUAWEI dan website rasmi untuk mendapat maklumat lanjut. Lihat tawaran HUAWEI di Online IT Fair.

Bermula 1 Julai hingga 8 Julai, HUAWEI Online IT Fair menawarkan promosi berbeza pada setiap hari dan juga potongan harga sehingga 50 peratus serta rebutlah pelbagai hadiah menarik.

Untuk mengetahui lebih maklumat mengenai 1+1 Program 2 Tahun Waranti klik di sini: http://consumer.huawei.com/my/support/extended-warranty-plan/

Jadi, apa ditunggu lagi! Sebelum terlepas peluang memiliki telefon pintar HUAWEI segeralah bertindak.

Jaminan 1+1 Program 2 Tahun Waranti dan Online IT Fair sedang menunggu anda!

Berita Harian X