Selasa, 2 Julai 2019 | 6:14pm
OPPO Reno menawarkan kamera 48 megapiksel (MP)+5MP, mod malam ultra 2.0, pemetaan warna, video 4K dan mod portrait artistik yang diperkemaskan. NSTP/Rosela Ismail.

OPPO perkenal Reno Sunset Rose

KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar global, OPPO, memperkenalkan warna baharu bagi siri OPPO Reno dikenali sebagai Sunset Rose.

Hadir dengan warna merah jambu dan putih bercahaya, Sunset Rose melambangkan generasi muda, cinta dan kreativiti sama seperti siri OPPO Reno yang mempromosikan kreativiti dan visi masa depan.

Ditawarkan pada harga disyorkan RM1,999 dengan kapasiti memori 64 gigabait (GB)+256GB, OPPO Reno Sunset Rose mengambil inspirasi daripada alam yang mengetengahkan warna luar putih dengan nada merah jambu lembut dan permukaan matte menyerupai cengkerang laut di atas pasir pantai.

Pengurus Produk OPPO Malaysia, Ken Ng, berkata rekaan dan estetik adalah elemen penting dalam membangunkan produk baharu.

“Selain kepakaran teknologi, kami memiliki pasukan khusus dalam rekaan dan kreativiti yang mengubah telefon pintar kepada seni,” katanya kepada media selepas melancarkan OPPO Reno Sunset Rose di sini, hari ini.

SiRi OPPO Reno dilengkapi dengan skrin panorama penuh, dengan memberikan paparan skrin OLED 6.4 inci, selain dilengkapi Corning Gorilla Glass generasi keenam, sekali gus meningkatkan ketahanan paparan.

Memiliki reka bentuk yang menawan dengan panel kaca 3D melengkung, memberikan cengkaman yang selesa.

OPPO Reno menawarkan kamera 48 megapiksel (MP)+5MP, mod malam ultra 2.0, pemetaan warna, video 4K dan mod portrait artistik yang diperkemaskan.

Dikuasakan prosesor Snapdragon 710 dan bateri berkapasiti 3,765 mAh, OPPO Reno menawarkan penyelesaian sistem tahap proprietari Hyper Boost 2.0 yang dibangunkan oleh OPPO.Hyper Boost 2.0 mengandungi tiga modul berasingan iaitu Game Boost, System Boost dan App Boost yang menawarkan peningjatan signifikan kepada prestasi ‘gaming’, kelancaran sistem dan kepantasan, saat aplikasi diaktifkan.

Siri itu juga menggunakan ColorOS 6 yang mana menawarkan rekaan sempurna bagi paparan penuh dan menyediakan pengalaman seimbang menerusi susun atur UI, warna, fon, dan fungsi lain.

OPPO Reno juga didatangkan dengan teknologi pengecas pantas VOOC 3.0 yang membolehkan pengecas panjang bervoltan rendah ketika bermain permainan atau strim video tanpa haba berlebihan.

503 dibaca
Berita Harian X