Rabu, 26 Jun 2019 | 1:44pm

HUAWEI penuhi kualiti gaya dengan EMUI 9.1

HUAWEI sentiasa memastikan pelanggannya melalui pengalaman terbaik. Terkini, jenama itu mengumumkan kemas kini sistem operasi EMUI 9.1, sekali gus memenuhi konsep, Kualiti Gaya Hidup.

Antara peranti yang bakal menerima kemas kini terbaharu itu adalah HUAWEI Mate 20 yang secara rasminya dibuka untuk kemas kini selepas 27 Jun ini.

GPU Turbo 3.0

EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemproses grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong lebih 25 permainan antarabangsa.

Kemas kini itu meningkatkan prestasi, di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri sekali gus membawa prestasi lebih stabil.

Google Assistant lebih mudah diakses

Untuk bantuan suara anda perlu tekan butang kuasa untuk tempoh satu saat kemudian dapatkan Google Assistant dengan hanya satu klik untuk mengenal pasti subjek menerusi laporan suara. Ia menggunakan aplikasi frekuensi tinggi.

Pindah fail dengan pantas

Peranti ini turut memberikan pengalaman perkongsian tanpa wayar yang lebih baik.

Hanya seminit untuk memindahkan 500 foto dan 35 saat , 1GB video menerusi HUAWEI OneTap Share.

Suntingan video lebih mudah

Suntingan Video Pintar HUAWEI membantu anda menyunting video dan mendapatkan adegan terbaik.

Lebih hebat, ia turut membantu mendapatkan adegan hebat dengan muzik latar dan kesan bersesuaian.

Anda juga boleh menghasilkan video nada dering sendiri dengan menyediakan video untuk nada dering dan boleh menghasilkan nada dering lebih menarik untuk panggilan masuk.

Teman terbaik ketika bersenam

Anda boleh terus berhubung dengan telefon ketika berada di treadmill.

Sambungkan dengan sentuhan dan seragamkan data gerakan pada waktu sebenar untuk pengiraan langkah, jarak larian, masa larian kelajuan serta kalori.

Teruskan untuk mendapatkan lebih banyak paparan menarik dan masa untuk kemas kini dengan membuka penetapan - sistem kemas kini perisian.

Bagi anda yang menggunakan peranti siri Mate 20 ini anda boleh menaik taraf kepada EMUI 9.1 dengan cara, ke halaman Settings>System>Software Update pada 27 Jun ini.

Selain itu, anda juga boleh ke https://consumer.huawei.com/my/emui/ atau [HiCare] App > [Update] > [Download] bagi menyemak dan memuat turun kemas kini sistem berkenaan.

Untuk mendapatkan pengalaman menarik ,teruskan bersama HUAWEI EMUI yang akan membuat pengumuman rasmi bagi kemas kini lebih banyak model lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila ikuti@HUAWEIEMUI atau layari https://shop.huawei.com/my/

Berikut pula model yang boleh dikemas kini bermula Jun ini.

12 Jun 2019:
HUAWEI nova 3e
HUAWEI Y9 2018

27 Jun 2019:
HUAWEI Mate 20
HUAWEI Mate 20 Pro
HUAWEI Mate X

1510 dibaca
Berita Harian X