Isnin, 24 Jun 2019 | 10:48pm

OPPO teguh di pasaran Malaysia, berturut-turut duduki senarai kedua

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian jenama telefon pintar yang wujud pastinya mempunyai kelompok pengguna setianya, begitu juga OPPO yang dikenali sejak 10 tahun lalu.

Menurut laporan Canalys Q1 2019, OPPO berjaya menduduki senarai tempat kedua jenama telefon pintar dengan 18.3 peratus pasaran di Malaysia, malah turut mengekalkan kedudukan itu sejak Q3 2018.

Itu adalah ketika siri Pro F9, Find X dan R17 dilancarkan di Malaysia. Setiap model mensasarkan pelbagai jenis daripada pelancaran premium ke pertengahan dan semua mengagumkan, banyak pencapaian jualan yang hebat ketika tempoh kempen terutama di kedai telekomunikasi utama.

Sejak itu, OPPO berjaya mengekalkan kedudukannya di pasaran Malaysia sehingga Q1 tahun 2019.

Siri Reno terbaharu OPPO yang dilancar pada bulan Mei ditetapkan untuk terus meningkatkan OPPO pada suku berikut bagi memperkasakan perintis muda untuk menyatakan gaya individu sendiri dan seterusnya visi mereka.

Kini OPPO yang masuk tahun kelima bertapak di negara ini, terus membawa keyakinan kepada pengguna untuk era baharu.

Sejak awal kemunculannya di negara ini, OPPO terus berjaya mengukuhkan jenamanya dan menjadi pilihan utama telefon pintar dalam kalangan remaja di negara ini.

Strategi pemasaran digunakan OPPO juga berjaya dalam menyasarkan segmen premium dan seterusnya mengekalkan pasarannya di dalam pasaran pertengahan juga.

Siri Reno terkini

Kali ini, OPPO tampil dengan siri telefon pintar baharu iaitu Reno 10x Zoom yang mempunyai beberapa kelebihan dan keunggulan tersendiri.

Paling membanggakan, OPPO menjadi salah satu pelopor yang mempopularkan optikal zoom ke telefon pintar. Dengan teknologi ini, memungkinkan pengguna mengambil gambar dari kejauhan dengan kualiti terbaik.

Reno 10x Zoom dilengkapi dengan tri lensa kamera belakang panjang fokus penuh termasuk lensa utama 48MP, lensa telefoto 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP.

Keupayaan kameranya ialah ia mampu zum sehingga 60x kali digital zum, 10x zum hibrid dan mod malam ultra 2.0.


1x Zoom

5x Zoom

10x Zum Hibrid


Mod Malam Ultra 2.0

Tambahan lagi, OPPO Reno 10x Zoom juga dikuasakan dengan Snapdragon 855, memori storan 8GB RAM + 256GB ROM dan dikuasakan bateri 4,065mAh, dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 baharu.

Tawaran hadiah menarik di jerayawara (roadshow).

OPPO Reno 10x Zoom mula berada di pasaran pada 18 Jun ini dan dua siri jelajah akan diadakan di Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 18 hingga 23 Jun ini manakala di Pyramid Concourse, Sunway Pyramid pada 24 hingga 30 Jun.

Pelbagai tawaran hadiah menarik dengan pembelian Reno 10x Zoom pada jelajah ini antaranya satu Gimbal Stabiliser bernilai RM599, satu Google Chromecast 3 dan sebulan jaminan skrin perlindungan.

7518 dibaca
Berita Harian X