Rabu, 29 Mei 2019 | 11:55am

Pilih fesyen rekaan kegemaran anda, menangi HUAWEI Nova 4

PADA masa ini, menjadi individu berfesyen mengikut aliran semasa di mata orang ramai adalah satu cabaran bukan saja kepada individu tetapi jenama.

Bersempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), HUAWEI Nova memperkenalkan pertandingan rekaan fesyan pada awal bulan ini dan menariknya, anda berpeluang menjadi seorang juri untuk #WeAreNova By The People Design Contest.

Bermula 26 Mei hingga 2 Jun 2019, anda boleh memilih dan mengundi rekaan pilihan anda di laman facebook rasmi KLFW.

Sepanjang tempoh seminggu ini, semua rekaan akan dipamerkan dalam album di facebook yang mana orang ramai boleh mengundi rekaan pilihan mereka dengan mudah, hanya menekan Like.

Sepuluh rekaan yang menerima jumlah Like terbanyak akan dipilih sebagai pemenang dan akan tampil di KLFW 2019 manakala pengundi bertuah, berpeluang mendapat telefon pintar Nova 4 secara percuma.

Undi pilihan anda dan dapatkan Nova 4 secara percuma

Pertandingan rekaan ini adalah untuk menunjukkan gen rekaan HUAWEI Nova, iaitu siri telefon pintar yang memfokuskan golongan muda dengan pelbagai jenis pilihan fesyen baju T, hud, jaket dan banyak lagi.

Pengundian bermula sekarang dan undian untuk memilih rekaan pilihan boleh dibuat di laman facebook rasmi KLFW.

Sebanyak 10 rekaan yang mendapat undian tertinggi bakal ditampilkan di KLFW 2019.

Lebih 300 peserta dan rekaan inspirasi daripada Nova

Pada 10 Mei lalu, pertandingan rekaan #WeAreNova By The People, diperkenalkan pada pengenalan KLFW dan HUAWEI nova bertujuan untuk mencipta asas kepada golongan muda untuk menyerlahkan bakat mereka dalam industri fesyen.

Sejak dua minggu lalu, KLFW menerima sokongan dan penyertaan menggalakkan daripada Malaysia iaitu sebanyak 363 pendaftaran serta 252 rekaan diserahkan berinspirasikan persona HUAWEI Nova.

Idea untuk menganjurkan pertandingan ini datangnya dari 30 pereka profesional dan ramai bakat muda yang mempunyai minat serta kreatif dalam fesyen.

Telefon pintar paling bergaya Ramadan ini

KLFW menjadi salah satu fasilitator fesyen terbesar di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya dan tahun ini, KLFW mempunyai hubungan kerjasama yang unik dengan HUAWEI.

Untuk 2019, ini adalah kali kedua KLFW bekerjasama dengan siri Nova HUAWEI yang direka untuk golongan muda bagi memenuhi keperluan fesyen semasa dan memberi eksperasi kepada mereka.

Siri terbaharu model HUAWEI nova adalah nova 4 dan 4e iaitu model telefon pintar paling bergaya dengan reka bentuk cantik, warna vibran serta prestasi kamera untuk selfie yang hebat.

Ini sekali gus menjadi tarikan kepada peserta dan peminat pelbagai rekaan fesyen untuk menghasilkan idea dalam menghasilkan barangan berinspirasikan nova yang mampu meningkatkan fesyen semasa.

HUAWEI nova 4 dijual pada harga RM1,699 manakala nova 4e dijual pada harga RM1,199 dan anda boleh berjimat sehingga RM200 berbanding sebelumnya.

Anda boleh mendapatkan telefon ini di kedai HUAWEI dan di syarikat telco utama.

Sempena Ramadan ini, anda berpeluang menerima kad VIP bernilai sehingga RM1,000. Pengguna HUAWEI siri nova 4 akan berpeluang memenangi HUAWEI Band 3 bernilai RM239.

Maklumat lanjut sila lawati https://consumer.HUAWEI.com/my/ atau laman facebook rasmi HUAWEI www.facebook.com/HUAWEIMobileMY .

Berita Harian X