Selasa, 14 Mei 2019 | 2:04pm
Untuk meraikan pelancaran V15 Blossom Pink, Vivo telah bekerjasama dengan SimplySiti bagi satu tawaran istimewa kepada 1,000 pembeli pertama yang akan menerima satu baucar bernilai RM50. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad

Vivo lancar V15 warna Blossom Pink

KUALA LUMPUR: Vivo melancarkan satu lagi tambahan warna baharu bagi siri telefon pintarnya yang laris iaitu V15, dalam warna Blossom Pink.

Telefon pintar edisi terhad ini akan mula dijual pada 18 Mei dengan harga RM1,299, dengan setiap pembelian didatangi dengan pelembap merah jambu yang eksklusif.

Untuk meraikan pelancaran V15 Blossom Pink, Vivo telah bekerjasama dengan SimplySiti bagi satu tawaran istimewa kepada 1,000 pembeli pertama yang akan menerima satu baucar bernilai RM50.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, dalam satu kenyataan berkata, Vivo Malaysia sering berhubungan dengan peminat dan berusaha dengan terbaik untuk memberi produk yang akan memberi kepuasan untuk permintaan pasaran.

Vivo V15 didatangi dengan 32MP Elevating Front Camera , yang memberi pengalaman lebih baik untuk swafoto manakala Ultra FullView Display memberi pandangan dan perspektif lebih luas.

Ia juga dilengkapkan dengan AI Triple Camera yang didatangi dengan 24 juta unit foto sensitif dalam kamera utama, 8MP AI Super Wide-Angle Camera dan 5MP Depth Camera.

Di samping itu, V15 Blossom Pink didatangi dengan 6GB RAM dan 128GB simpanan manakala 4,000mAh akan melanjutkan jangka hayat bateri. - BERNAMA

81 dibaca
Berita Harian X