Jumaat, 3 Mei 2019 | 7:06pm

Ambil gambar macam 'pro' dengan HUAWEI P30 pro

INGIN mengambil gambar seperti profesional tetapi acap kali gambar yang diambil menggunakan telefon pintar tidak menepati kehendak.

Kadangkala niat untuk memuat naik gambar ke sosial media juga terbantut, akibatnya terpaksa mengolah gambar itu terlebih dulu dengan beberapa aplikasi gambar.

Tapi jika menggunakan telefon pintar HUAWEI P30 Pro, gambar anda pasti akan lebih menarik, persis gambar yang diambil jurugambar profesional.

Ini kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera ‘Quad’ Leica sekali gus mampu untuk menghasilkan imej lebih terperinci serta tona warna pada gambar yang terakam terang.

Sehinggakan kita boleh mengambil gambar bulan dan keadaan di waktu malam dengan mudah.

Ia juga mampu untuk merakam gambar bintang di langit menggunakan mod malam (night mode) dan merakam gambar dalam mod pendedahan panjang.

Untuk mengambil gambar keindahan awan di waktu malam, pengguna memerlukan tripod supaya imej yang terhasil cantik serta sempurna.

Pengguna hanya perlu memilih mod kamera kepada profesional dan menyesuaikan tetapan ISO kepada 1600 dan dibiarkan selama 30 saat pendedahan panjang.

P30 pro mempunyai keupayaan zoom, peranti perdana berkenaan adalah yang terbaik dan tidak ada telefon pintar yang mampu merakam gambar sebaik P30.

Peranti ini mampu membuat zoom optikal 1x, 5x, 10x dan zoom digital sehingga maksimum 50x.

Menerusi keupayaan zoom itu, peranti Siri P30 Pro juga jelas mempamerkan tulisan ‘Kuala Lumpur’’ dan merakam secara terperinci dekorasi walaupun diambil dalam jarak yang jauh.

Ia juga mampu untuk merakam gambar objek yang terletak 10 meter jauhnya dan hasil rakaman kelihatan seperti diambil dari jarak dekat.

Peranti itu juga dilengkapi dengan HUAWEI TOF Kamera serta kecerdasan buatan (AI) untuk mengambil gambar dalam keadaan berdepan dengan cahaya.

Bagi pencinta alam yang gemar masuk ke dalam hutan, boleh cuba guna mod Super Macro dan mengambil gambar secara dekat daripada 2.5 sentimeter dan kamera siri P30 mampu untuk merakam setiap butiran terperinci.

Dua varian HUAWEI P30 Pro ditawarkan iaitu dengan spesifikasi memori (RAM) 8GB dan storan 256GB pada harga RM3,799 manakala storan 512GB pada harga RM4,399.Peranti P30 pula dijual pada harga RM2,699 dan mempunyai spesifikasi 8GB RAM serta storan 128GB.

Berita Harian X