Isnin, 22 April 2019 | 3:38pm

Rebut menang HUAWEI P30 Pro dan wang tunai lebih RM80,000

HUAWEI kali ini melancarkan pertandingan fotografi tahunan ‘HUAWEI Rewrites the Rules of Photography’ buat pelanggannya dan menawarkan hadiah utama, HUAWEI P30 Pro dan wang tunai berjumlah RM82,960.

Mudah saja. Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar menggunakan apa saja jenis telefon pintar HUAWEI dan berpeluang memenangi HUAWEI P30 Pro, HUAWEI nova 4, HUAWEI WATCH GT (46mm Edition) dan banyak lagi.

Bukan setakat itu saja, setiap penyertaan juga layak untuk menyertai NEXT Image Awards untuk peluang lebih hebat iaitu wang tunai sebanyak RM82,960 (USD20,000) berserta hadiah sampingan lain.

Merangkumi konsep enam kategori, anugerah ini bertujuan untuk meneroka pelbagai kemungkinan berkaitan ekspresi visual dan budaya untuk generasi akan datang melalui lensa telefon pintar HUAWEI. Gambar sama layak untuk disertai bagi setiap kategori. Setiap penyertaan boleh hantar 30 gambar untuk satu akaun.

Kategori pertandingan

Enam kategori berkenaan ialah ‘faces’, ‘going the distance’, ‘hello, life’, ‘storyboard’, #emotion tag’ dan ‘life now’. Untuk membantu anda mendapatkan gambar lebih hebat, beberapa langkah boleh diikuti.

Bagi fotografi dengan cahaya yang rendah, HUAWEI P30 Pro dilengkapi dengan sistem kamera baru Leica Quad, termasuklah 40MP Super Sensing kamera, sensor ultra sensitif, ISP, enjin imej AI yang sensitif, kepekaan maksimum ISO sehingga 409,600 untuk gambar lebih jelas dan tajam di bawah cahaya yang kurang.

Bagi zum gambar pula, ia bukan masalah besar memandangkan menerusi rekaan baru periscope, HUAWEI P30 Series menyokong lebih daripada lima kali ganda zum optikal, 10 kali ganda zum hybrid dan lebih daripada 50 kali ganda zum.

Pada masa sama, dengan teknologi keseimbangan imej optikal (OIS) anda akan mendapat pengalaman zum profesional tanpa sebarang peralatan tambahan. Hanya pilih zum (‘1X’, ‘10X, ‘50X’ dan lain-lain) untuk mendapatkan gambar terbaik dari pelbagai sudut.

Selain itu, ambil gambar dalam satu ‘tangkapan’ menerusi Ultra-Wide Angle Lens iaitu 20MP 16mm. Ini bukan bermaksud sesuatu yang kecil dilupakan kerana anda boleh mengambil gambar sehingga 2.5cm jauh daripada subjek untuk fotografi makro.

Anda juga boleh laraskan zum kepada 0.6 kali untuk berubah kepada mode lebih luas. Apabila jarak antara kamera dan objek ialah 2.5cm, kamera secara automatik akan terus kepada mode super makro.

Minimumkan cahaya

HUAWEI P30 Pro juga mempunyai kamera Time of Flight (ToF) dan paling terbaik untuk digunakan ketika mode potret, menghasilkan ‘bokeh’ terbaik tanpa keperluan seperti lensa DSLR dan lebih tepat gambaran yang diinginkan.

Bahkan ia juga boleh mengenalpasti elemen di dalam bingkai seperti wajah, bangunan dan sebagainya untuk meminimumkan cahaya dan mencerahkan bayang-bayang untuk nampak lebih realistik dan semula jadi dengan memilih mode ‘HDR’ sebelum gambar diambil.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan telefon pintar HUAWEI anda dan ambil gambar untuk memenangi hadiah menarik dengan hanya mengikuti langkah diberikan. Pastikan gambar anda mempunyai ‘watermark’. Setiap penyertaan boleh hantar 30 gambar untuk satu akaun.

Maklumat lanjut di platform media seperti di

Berita Harian https://www.bharian.com.my/umpamapro

Harian Metro https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei

Selain itu, untuk maklumat lanjut NEXT Image Awards, anda boleh layari https://consumer.huawei.com/my/ atau HUAWEI’s official Facebook www.facebook.com/HuaweiMobileMY. Semua penyertaan akan mendapat baucer RM50 daripada HUAWEI Online Store Shop.

7101 dibaca
Berita Harian X