Selasa, 16 April 2019 | 2:59pm
KUALA LUMPUR 05 MARCH 2019 Oppo lancar F11 Pro. NSTP/EMAIL.

Oppo F11 ditawarkan di Shopee

KUALA LUMPUR: Shopee menawarkan produk telefon pintar Oppo dari siri model F yang terbaharu, Oppo F11 pada harga RM1,099 yang boleh didapati secara eksklusif hanya di platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan itu.

Pengurus Kategori Pembangunan Perniagaan Shopee, Calvin Teng berkata, platform itu sebelum ini pernah bekerjasama dengan Oppo bagi pelancaran beberapa telefon pintar dan mencapai kejayaan yang luar biasa.

Beliau berkata, jenama telefon pintar itu berkembang dengan baik bersama Shopee dan ketika ini Oppo adalah antara jenama yang popular di platform e-dagang itu.

“Kami menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan jenama itu khususnya menerusi kerjasama yang dijalankan secara eksklusif.

“Malah, kami juga teruja dengan usaha sama dengan jenama seperti Oppo ini kerana ia sentiasa berada di hadapan sebagai pilihan pengguna industri elektronik.

“Justeru, tiada keraguan bahawa Oppo F11 akan mencapai kejayaan besar dalam menarik minat pelanggan berdasarkan kepada keselesaan pembelian produk seumpama itu secara atas talian,” katanya pada majlis pengumuman penjualan Oppo F11 di sini, hari ini.

Teng berkata, Shopee berharap untuk menjalin lebih banyak usaha sama strategik dengan jenama terkemuka sebagai usaha untuk menawarkan pengalaman beli-belah atas talian terbaik.

“Kami mahu mewujudkan kerjasama dengan jenama besar lain dalam memastikan Shopee berterusan kekal sebagai pusat sehenti platform beli-belah atas talian dalam kalangan pengguna Malaysia,” katanya.

Sempena meraikan pelancaran Oppo F11 di Shopee, syarikat telefon pintar itu menawarkan promosi istimewa kepada pengguna platform e-dagang itu bermula hari ini hingga Jumaat bagi produknya yang menyertai Shopee Brands Festival.

Acara beli-belah atas talian itu bermula hari ini hingga 24 April depan, yang mana pelanggan boleh menikmati baucar bonus, mengumpul dua kali ganda Shopee Coins dan tawaran kos penghantaran percuma apabila berbelanja minimum RM20 pada hari minggu bagi produk pelbagai jenama.

144 dibaca
Berita Harian X