Selasa, 9 April 2019 | 10:49pm

HUAWEI MateBook 13: Teknologi perkongsian automatik satu sentuhan

Komputer riba HUAWEI MateBook 13 adalah pakej bernilai yang turut berkongsi pelancarannya bersama telefon pintar, HUAWEI Siri P30 dan 20, baru-baru ini.

Dengan teknologi HUAWEI Share 3.0 yang mempunyai kelebihan tersendiri, One Tap to Share ia mampu menyelesaikan cabaran yang dihadapi pengguna apabila memindahkan fail antara peranti Windows dan Androids.

Bagaimana menggunakan One Tap to Share

Perkongsian foto atau video

Untuk berkongsi foto atau video, langkah pertama buka ikon HUAWEI Share dan NFC.

Langkah kedua, pilih mana-mana fail, dokumen atau gambar daripada telefon.

Langkah ketiga, sentuh telefon secara perlahan ke laptop dan fail secara automatik akan memindahkan bahan berkenaan ke telefon.

Langkah yang sama dapat memindahkan fail, dokumen atau gambar daripada komputer riba ke telefon.

Perkongsian clipboard

Bagi perkongsian clipboard, pertama sekali buka bluetooth dan ikon NFC, seterusnya pilih dan salin teks untuk dikongsi ke telefon.

Langkah ketiga, bagi penggunaan komputer riba letakkan teks berkenaan pada mana-mana tempat diperlukan.

Perkongsian rakaman

Untuk perkongsian rakaman pula, langkah pertama buka ikon HUAWEI Share dan NFC, seterusnya goyang telefon perlahan-lahan di kedua-dua bahagian sebelum mengetik ke komputer riba.

Langkah ketiga, telefon secara automatik memaparkan rakaman dan membenarkan kita berkongsi atau menyimpan video berkenaan di telefon.

Faedah teknologi “One Tap to Share”

Perkongsian menjadi lebih mudah dan bijak.

Interaksi antara komputer dan peranti mudah alih bukan sesuatu yang mudah. Tetapi kini anda boleh memindah dengan mudah fail, rekod skrin komputer dan salinan teks daripada peranti ke peranti.

Perkongsian foto atau video

Memperkukuhkan rangkaian sosial dengan “One Tap to Share”.

Remaja hari ini memandang serius setiap mesej di media sosial. Dengan menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30 untuk merakam gambar yang sempurna, mereka dengan mudah dapat memindahnya ke komputer riba.

Kemudian, gambar di edit dengan hanya menyentuh sahaja dan foto akan dipindahkan ke telefon untuk siaran segera.

Bukan itu saja setiap perkataan daripada foto yang dipindahkan ke MateBook 13 dikenali dengan jelas.

Pengguna juga boleh mengambil gambar dan bahan bacaan sekiranya mereka mahukan informasi. Foto daripada bahan yang diambil untuk dikongsi di komputer riba mudah dikenali dan ini memudahkan pengguna yang hanya perlu menyalin dan menampal bagi kegunaan mereka.

Menonton video bersama sekumpulan rakan mengguna satu telefon akan menimbulkan masalah kerana skrin yang kecil. Bagaimanapun, HUAWEI menyediakan satu penyelesaian untuk permasalahan ini.

Daripada menggunakan kabel untuk memuat naiknya, pengguna dapat menyelesaikannya dengan mengguna “ One Tap to Share” dan dapat menonton menggunakan komputer riba serta boleh menonton dengan penuh menggunakan MateBook 13.

Perkongsian clipboard

Menyalin dan menampal kandungan dalam satu peranti dapat dilakukan pada peranti yang lain (telefon HUAWEI, tablets, komputer) secara segera sambil melakukan tugasan lain.

Apabila menghadiri sesuatu acara, wartawan kebiasaannya tidak mempunyai masa dan ruang untuk melakukan catatan. Sekarang mereka lebih mudah wartawan menyalin dan menampal.

Perkongsian dokumen

Pengguna tidak perlu lagi bimbang untuk memindahkan fail yang lebih daripada 200M. Dengan menggunakan One Tap to Share, semuanya dapat dilaksanakan dengan mudah. Dengan hanya satu sentuhan, dokumen dapat dipindahkan antara Matebook 13 dan telefon pintar

Kenapa pilih HUAWEI MateBook 13

HUAWEI MateBook 13 adalah rakan terbaik kepada HUAWEI Siri P30 atau 20. HUAWEI P30 Pro turut didatangkan dengan paparan 50x zoom manakala Matebook13 “One Tap to Share” membenarkan pengguna memindahkan 500 gambar dalam masa satu minit daripada telefon anda ke komputer riba tanpa wayar.

Peranti yang menampilkan rekaan nipis dan premium ini dilengkapi paparan 13 inci dengan skrin resolusi 2K. HUAWEI MateBook 13 sudah pun berada di pasaran dan ia dijual pada harga RM3,999 untuk HUAWEI MateBook 13 i5/8G/256G/NVIDIA manakala HUAWEI MateBook 13 i7/8G/512G/NVIDIA (RM4,399).

Maklumat lanjut sila lawati laman web https://shop.huawei.com/my/product/18060614684715.html

12405 dibaca
Berita Harian X