Selasa, 2 April 2019 | 8:47pm

HUAWEI P30 tampilkan sarung pelindung pengecasan tanpa wayar

KUALA LUMPUR: HUAWEI hari ini melancarkan siri HUAWEI P30 serta memperkenalkan sarung pelindung istimewa dengan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Dengan kehadiran sarung pelindung istimewa ini, pengguna boleh menggunakan cara alternatif untuk meletakkan ciri dan kelebihan itu pada peranti Huawei P30 mereka dan ia menyokong pengisian cepat tanpa wayar 10W.

Ini bermakna, pengguna tidak perlu kabel lagi kerana sarung pelindung ini selain berfungsi perlindungan normal, ia juga membolehkan HUAWEI P30 mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar yang sama seperti HUAWEI P30 Pro.

Selain menawarkan ciri menarik kepada pengguna, rekaan sarung ini juga agak bergaya melalui rongga di seluruh bahagiannya.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Untuk memastikan proses pengisian semula tanpa wayar yang lebih cepat dan selamat, sarung telefon HUAWEI P30 mempunyai pensijilan keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

Selain itu, ia dilengkapi dengan reka bentuk tekstur yang tidak licin untuk cengkaman lebih baik.

Untuk menyokong pengecasan tanpa wayar, sarung perlindungan ini turut mempunyai bahan magnet yang tahan lama, sekali gus membolehkan telefon anda mudah dipegang oleh pemegang telefon di dalam kereta untuk mencapai pengalaman navigasi satu sentuhan.

Ada dua pilihan warna iaitu oren dan hijau, manakala harganya ialah RM268 satu.

Untuk telefon pintar HUAWEI P30 8G + 128GB ia dijual pada harga RM2699, HUAWEI P30 Pro 8GB + 256 GB (RM3799) dan HUAWEI P30 Pro 8GB + 512GB (RM4399).

Berita Harian X