Khamis, 14 March 2019 | 3:49pm

Raikan penyatuan dua hati dan teknologi

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu majlis perkahwinan pasangan merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang akan berlangsung pada awal April ini.

Di saat ini, bakal mempelai ini mungkin sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir untuk memastikan kelancaran majlis kedua-dua pihak.

Seperti kebiasaan bakal pasangan raja sehari, Fasha dan Aidil juga tidak terlepas untuk merakamkan detik manis praperkahwinan sebelum diijab kabulkan dengan menggayakan busana indah bertemakan warna putih.

Di sebalik foto indah dirakamkan itu, kelihatan beberapa keping gambar busana yang menunjukkan keterperincian dan tekstur gaun yang dihasilkan oleh pereka fesyen, Azura Couture.

Jenama telefon pintar, HUAWEI yang lebih dikenali sebagai telefon paling berkeupayaan ternyata hebat kerana mampu merakamkan gambar dengan begitu terperinci.

Disusuli selepas HUAWEI P20 Series, HUAWEI Mate 20 Pro juga dilengkapi dengan lensa kamera tiga kali ganda dan dikenalpasti sebagai pilihan utama telefon pintar oleh DxOMark dengan 109 mata, sama seperti anugerah diterima oleh HUAWEI P20 Pro.

Malah, dipercayai juga beberapa keping gambar di Instagram Fasha yang diambil ketika sesi fotografi turut menggunakan HUAWEI P30.

Setiap kali pelancaran produk, HUAWEI akan memberikan hadiah menarik. Untuk pelancaran kali ini, jenama hebat itu akan menghadiahkan pemacu keras luaran (external drive) 1TB yang automatik boleh menyelaras dan memindahkan semua gambar cantik itu.

Ia adalah teman sempurna yang akan dapat menyimpan semua perkara kecil anda dalam kehidupan, tanpa perlu bimbang imej dirakam akan hilang. Apa lagi yang HUAWEI P30 boleh lakukan?

Nantikan 26 Mac ini dan kita akan lihat lebih banyak antara HUAWEI dan pasangan paling sensasi ini.

9431 dibaca
Berita Harian X