Sabtu, 2 Februari 2019 | 12:33pm
Bahagian luar HONOR View20 mudah dipegang dalam genggaman dan jika diperhatikan di bawah lampu, dapat dilihat pantulan bentuk V yang menunjukkan pelbagai warna pada sudut berbeza. - Foto ihsan HONOR Malaysia

HONOR View20 cetus standard terbaharu telefon pintar dunia

KEMUNCULAN telefon pintar HONOR View20 ketika majlis pelancaran global di Paris, Perancis baru-baru ini sememangnya mencetuskan fenomena luar biasa terhadap dunia gajet yang terlalu pantas peredaran teknologinya.

Selain mengetengahkan teknologi terkini dan prestasi ekstrem kepada pengguna di mana-mana saja, HONOR View20 dijangka menjadi jenama mercu teratas berbanding saingan lain dalam kelompok siri telefon berkenaan.

HONOR View20 dilengkapi terlalu banyak inovasi termasuk kamera definisi tinggi pertama dunia 48MP dengan kamera belakang 3D canggih, rekaan paparan skrin inovatif, chipset berprestasi tinggi 7nm Kirin dengan NPU berkembar serta tekstur badan nano pertama dunia yang direka dengan nanolitografi.

Ternyata telefon pintar ini membolehkan pengguna meluaskan lingkungan mereka menerusi teknologi masa depan dan inovasi. HONOR View20 mewakili wawasan mantap jenama terbabit dari segi fotografi telefon pintar, videografi, kecerdasan buatan (AI), pengalaman menonton, prestasi dan penyambungan.

Ciri utama yang perlu diketengahkan ialah rekaan aurora nanotexture. HONOR View20 adalah telefon pintar pertama yang menggunakan nanolitografi.

Generasi keempat penyalut skrin nano-vakum dan tekstur aurora halimunan mencetuskan warna dinamik berbentuk V dengan kesan bercahaya. Rekaan lengkung badan 3D menarik dan mengandungi gabungan lengkap antara besi dan tekstur kaca.


Presiden HONOR, George Zhao menerangkan aspek perisian ketika pelancaran global HONOR View20 di Paris, Perancis, baru-baru ini. - Foto ihsan HONOR Malaysia

Kesan ketika swafoto juga menakjubkan. Kamera depan definisi tinggi 25MP dan bantuan AI menjadikan rakaman gambar begitu cantik.

Bahagian luarnya mudah dipegang dalam genggaman dan jika diperhatikan di bawah lampu, dapat dilihat pantulan bentuk V yang menunjukkan pelbagai warna pada sudut berbeza.

Seterusnya ialah paparan penuh apabila menonton filem. HONOR View20 menampilkan paparan skrin 6.4 inci 23110p x 1080p dengan 398 PPI.

Paparan terbaru ‘all-view’ ini adalah inovasi rekaan kamera ‘in-screen’. Nikmati pengalaman menonton yang menarik apabila memainkan filem 16:9 dan besarkan untuk memenuhi skrin bagi memanfaatkan skrin penuh 6.4 inci 19.5:9.

Selain itu, pengalaman mengambil gambar secara profesional menggunakan telefon pintar berkenaan juga saat yang penting. Didatangkan dengan kamera belakang pertama dunia 48MP dengan 48MP AI Ultra Clarity dan AI HDR membolehkan kualiti dan gambar jelas.

Sensor SONY IMX586 48MP dan keupayaan AI yang dipertingkatkan pula menonjolkan perbezaan apabila merakamkan gambar pada waktu malam dan menambah prestasi gerakan perlahan atau ‘slow-motion’ kepada tahap terbaru dengan 960 fps yang membolehkan rakaman gambar penting dengan ciri-ciri halus serba lengkap.

Tidak ketinggalan elemen menarik lain ialah keupayaan mengenal objek AI. Ia boleh mengenal pasti lebih 300 mercu tanda terkemuka dan 100,00 lukisan di seluruh dunia.

Jika pergi beli-belah, boleh gunakan AI kerana kamera boleh mengimbas dan mengenali objek serta dibawa terus ke laman sesawang untuk membeli barangan yang serupa.

Buat masa ini, ciri AI beli-belah boleh digunakan di 200 pusat beli-belah di seluruh dunia. Lebih menarik, ia juga boleh mengira jumlah kalori dalam menu yang dimakan.

Jika ingin ke tempat tertentu, teknologi pilihan satelit, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) AI dan GPS frekuensi berganda membantu anda untuk sampai ke destinasi dengan begitu tepat terutama di kawasan bandar.

Sementara itu, ciri penayangan tanpa wayar membolehkan pengguna berkongsi skrin telefon di kaca televisyen atau monitor tanpa menggunakan kabel.


HONOR View20 didatangkan dengan warna Sapphire Blue, Phantom Red, Midnight Black dan Phantom Blue. - Foto ihsan HONOR Malaysia

HONOR View20 dilengkapi terlalu banyak inovasi termasuk kamera definisi tinggi pertama dunia 48MP dengan kamera belakang 3D canggih. - Foto ihsan HONOR Malaysia

Spesifikasi

Rekaan: In-Screen Camera

Rekaan Aurora Nanotexture

Perisian: Magic UI 2.0.0 (serasi dengan Android 9.0)

Pemproses dan memori: 7nm Kirin 980 AI chipset dengan dual-NPU

8GB RAM + 256GB ROM

6GB RAM + 128GB ROM

Paparan: 6.4 inci, 2310x1080 piksel

FHD+paparan dengan 16.7 warna, 398 PPI

Kamera belakang: 48MP AI Ultra Clarity

TOF 3D Kamera dengan pergerakan kawalan permainan 3D

F/1.8 wide aperture

1/2 inci sensor CMOS

60+ kategori dan 1,500+ pengiktirafan pemandangan waktu sebenar

960fps super slow-mo

Honor AIS

Pencahayaan potret

Kamera depan: 25MP kamera depan

F/2.0 wide aperture

Perkakasan berasaskan HDR

Pencahayaan potret

Ciri-ciri kamera pintar: AI video editor

Al Calarie Counting

AI Shaping

Bateri : 4000mAh

4.5V/5A HONOR supercharge: 55% dalam 30 minit

Muzik: Sehingga 130 jam

Video: Sehingga 15 jam

Panggilan 3G: sehingga 25 jam

Warna: Sapphire Blue; Phantom Red; Midnight Black; Phantom Blue

Saiz dan berat: 156.9 mm (H) x 75.4 mm (W) x 8.1 mm (D)

Multi-media: Audio file format: *.mp3; *.mp4; *.3gp; *.ogg; *.aac; *.midi

Video file format: *.3gp; *.mp4

Image file format: *.png; *.gif (statik); *.jpg; *.bmp

241 dibaca
Berita Harian X