Rabu, 11 Disember 2019 | 9:55am
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata pada 1,561.24.

Bursa Malaysia bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur pada awal dagangan menyaksikan pertembungan antara pemburu saham murah dan mereka yang mahu menjual, muncul susulan kebimbangan berhubung tarikh akhir tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas import China pada 15 Disember.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata pada 1,561.24.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.03 lebih lemah pada 1,558.76 berbanding 1,561.79 penutup Selasa.

Di pasaran meluas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 152 berbanding 110 dengan 184 kaunter tidak berubah, manakala 1,523 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Sejumlah 119.74 juta saham bertukar tangan bernilai RM57.13 juta. - BERNAMA

Berita Harian X