Rabu, 4 Disember 2019 | 11:14am

Harga Brent meningkat 28 cents pada AS$61.10 setong

TOKYO: Harga minyak naik pagi ini menjelang perbincangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya untuk melanjutkan pemotongan bekalan bagi menyokong pasaran selain data industri menunjukkan simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merosot lebih daripada jangkaan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 28 cents, atau 0.5 peratus, pada AS$61.10 setong pada 0151 GMT.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS menambah 27 cents, atau 0.5 peratus pada AS$56.37.

OPEC dan sekutunya termasuk Russia - kumpulan yang kini dikenali sebagai OPEC+ bersedia untuk meluluskan pemotongan bekalan minyak mentah minggu ini, ketika mereka mengadakan pertemuan di Vienna, menurut Iraq, pengeluar kedua terbesar dalam kumpulan berkenaan.

Menteri Minyak Iraq, Thamer Ghadhban, memberitahu pemberita pada Selasa, pemotongan akan diteruskan dan ia dipersetujui beberapa ahli utama.

Bagaimanapun, masih terdapat keraguan dalam pasaran mengenai rancangan OPEC dan kebanyakan penganalisis mengharapkan ia adalah pemotongan bekalan yang sedia ada.

-REUTERS

Berita Harian X