Selasa, 3 Disember 2019 | 11:52am
- Gambar hiasan

Harga minyak naik, Brent AS$61.11 setong

TOKYO: Harga minyak naik untuk hari kedua berturut berikutan Arab Saudi, pemimpin de facto Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeksport minyak terbesar dunia menggesa pengeluar untuk meneliti dengan mendalam mengenai pemotongan bekalan.

Niaga hadapan Brent naik 19 cents, atau 0.3 peratus kepada AS$61.11 setong pada by 0218 GMT, selepas mendapat 0.7 peratus, semalam.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS menambah sebanyak 21 cents, atau 0.4 peratus pada AS$56.17 setong.

OPEC dan sekutunya, yang dikenali sebagai OPEC+ sedang membincangkan mengenai perancangan untuk meningkatkan pemotongan daripada sejumlah 1.2 juta tong sehari (bpd) dan akan meneruskan perjanjian itu hingga Jun depan, demikian menurut sumber yang mengetahui mengenai perkara itu.

Arab Saudi menggesa untuk melaksanakan rancangan itu bagi memberikan kejutan positif kepada pasaran sebelum penyenaraian Saudi Aramco, kata sumber berkenaan.

Menteri OPEC dijadual mengadakan pertemuan di Vienna pada Khamis dan OPEC+ mengadakan perjumpaan pada Jumaat.

-REUTERS

Berita Harian X