Khamis, 10 Oktober 2019 | 6:42pm

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit menutup kerugian terdahulu apabila ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan minat belian diperbaharui bagi unit domestik itu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1920/1960 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu iaitu 4.1955/1985.

Beliau berkata, dolar AS berundur daripada kenaikannya semalam berbanding kebanyakan mata wang Asia lain termasuk ringgit berikutan petunjuk bercampur-campur berhubung rundingan dagangan AS-China.

Selera risiko yang lebih baik bagi ringgit juga disumbangkan oleh pengumuman Belanjawan 2020 esok, tambahnya.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang asing lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0450/0485 daripada 3.0404/0437 pada penutup Rabu, susut berbanding euro kepada 4.6238/6286 daripada 4.6067/6116 dan susut berbanding pound Britain pada 5.1373/1439 daripada 5.1311/1364 semalam.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding yen pada 3.9032/9080 daripada 3.9082/9114 sebelum ini. - BERNAMA

Berita Harian X