Rabu, 11 September 2019 | 10:06am

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah pada pembukaan pagi ini apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit kekal pada 4.1700/1750 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1700/1730 yang dicatatkan pada penutupan Selasa.

Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata permintaan terhadap dolar AS merosot apabila pelabur beralih minat kepada yuan China serta aset berisiko lain termasuk mata wang ASEAN, yang memperoleh tarikan susulan berita AS dan China yang akan kembali ke meja perundingan, adalah faktor yang melegakan mereka.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0211/0258 daripada 3.0224/0254 pada Selasa, namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.1500/1565 daripada 5.1387/1432.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8747/8805 daripada 3.8852/8891 namun rendah sedikit berbanding euro kepada 4.6066/6125 daripada 4.6062/6099.

-- BERNAMA

286 dibaca
Berita Harian X