Rabu, 14 Ogos 2019 | 9:34am

Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR: 14 Ogos - Bursa Malaysia melonjak untuk dibuka lebih tinggi hari ini, disokong langkah Presiden Donald Trump untuk melambatkan daripada mengenakan beberapa tarif baharu ke atas import China.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.58 mata kepada 1,599.46, selepas dibuka 5.48 mata lebih tinggi pada 1,598.36.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 258 berbanding 57 dengan 103 kaunter tidak berubah, manakala 1,488 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 145.42 juta saham bernilai RM50.51 juta. - BERNAMA

Berita Harian X