Khamis, 13 Jun 2019 | 9:23am
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.70 mata kepada 1,643.04 daripada 1,650.74 penutup Rabu. - Foto hiasan

Bursa Malaysia meneruskan penyusutan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam untuk dibuka lebih rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada penyusutan semalaman di Wall Street, di tengah-tengah kemuncaknya perselisihan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.70 mata kepada 1,643.04 daripada 1,650.74 penutup Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 6.66 mata lebih rendah pada 1,644.08.

Kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 111 berbanding 80 dengan 142 kaunter tidak berubah, manakala 1,555 tidak diniagakan dan 30 digantung.

Sejumlah 79.91 juta saham bertukar tangan bernilai RM48.29 juta. - BERNAMA

209 dibaca
Berita Harian X