Jumaat, 17 Mei 2019 | 8:03am
- Gambar hiasan

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih tinggi berikutan pendapatan korporat dan data ekonomi yang kukuh mendorong minat pelabur, dengan syarikat teknologi menerajui kenaikan.

Kesemua tiga indeks utama saham Amerika Syarikat (AS) menokok pada lewat sesi, menambah kurang satu peratus dan mendorong S&P 500 hampir kepada dua peratus di bawah paras tertinggi sepanjang masa pada 30 April.

Sementara perang tarif AS-China yang semakin meruncing terus menjadi kebimbangan peserta pasaran, keputusan suku tahunan dan data ekonomi yang kukuh membantu mengurangkan kegelisahan.

Dow Jones Industrial Average menokok 214.66 mata atau 0.84 peratus ​​kepada 25,862..

S&P 500 naik 25.36 mata atau 0.89 peratus kepada 2,876.32.

Nasdaq Composite menambah 75.90 mata atau 0.97 peratus kepada 7,898.05.

Kesemua 11 sektor utama S&P 500 diperdagangkan dalam wilayah positif.

Jumlah dagangan pada bursa AS berjumlah 6.56 bilion saham, berbanding 6.98 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

128 dibaca
Berita Harian X