Khamis, 16 Mei 2019 | 9:46am

Saham Asia kukuh pagi ini

TOKYO: Saham Asia kukuh pagi ini susulan berita Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk menangguhkan tarif ke atas import auto.

Ia sekali gus memberikan sokongan kepada pasaran yang sedang mengalami ketegangan perdagangan, selain dipengaruhi data ekonomi AS dan China yang lemah.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun tidak berubah, dengan kedua-dua saham Australia dan Korea Selatan sedikit berubah.

Nikkei Jepun susut 0.6 peratus, dengan bank dipengaruhi pendapatan yang lemah.

Pada Rabu, saham Wall Street meningkat semula, dengan S&P 500 mencecah 0.58 peratus dan MSCI menokok semula selepas mencecah paras terendah dua bulan pada Selasa.

Pada Rabu, tiga pegawai pentadbiran memberitahu Reuters, Trump dijangka menangguhkan keputusan mengenai tarif yang dikenakan kepada kereta dan bahagian yang diimport sehingga enam bulan.

-REUTERS

56 dibaca
Berita Harian X