Selasa, 14 Mei 2019 | 9:50am
Harga minyak naik lebih tinggi hari ini. - Foto hiasan

Harga minyak naik pagi ini, Brent AS$70.27 setong

SYDNEY: Harga minyak naik lebih tinggi hari ini, meskipun keuntungan diperoleh di tengah-tengah peningkatan ketegangan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$70.27 setong pada 0104 GMT, naik 6 cents, atau 0.1 peratus, daripada penutup sebelumnya. Brent berakhir sedikit berubah pada sesi sebelumnya.

Sementara niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pada AS$61.17 setong, naik 12 cents, atau 0.2 peratus daripada penutup sebelumnya. WTI ditutup stabil pada sesi sebelumnya.

Penganalisis berkata, perang perdagangan antara AS-China telah membayangi pasaran, walaupun asas pasaran memberikan sokongan.

“Perang perdagangan yang menyeluruh akan membawa kesan berlarutan terhadap pertumbuhan global, dan ia dengan serius akan mengehadkan kenaikan untuk permintaan tenaga.

“Gangguan telah mengimbangi pasaran, tetapi permintaan lebih rendah dan peningkatan pengeluaran AS boleh membuatkan pembalikan dengan cepat,” menurut Ketua Pasaran Penganalisis OANDA, Alfonso Esparza.

China menentang amaran daripada Presiden AS, Donald Trump dengan mengenakan tarif lebih tinggi ke atas pelbagai barangan AS, termasuk sayuran sejuk beku dan gas asli cecair. - REUTERS

Berita Harian X