Jumaat, 19 April 2019 | 8:36pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu kerancakan aktiviti belian, dan berlatarbelakangkan pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.34 mata kepada 1,622.07 berbanding 1,619.73 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka 0.91 mata lebih tinggi kepada 1,620.64 dan turun naik antara 1,618.69 dan 1,625.22 sepanjang dagangan hari ini.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 514 berbanding 275 manakala 426 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.52 bilion unit bernilai RM1.69 bilion berbanding 2.89 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Khamis.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun menokok 0.50 peratus kepada 22,200.56, Indeks Komposit Jakarta, Indonesia melonjak 0.40 peratus kepada 6,507.22, Indeks Hang Seng, Hong Kong jatuh 0.54 peratus kepada 29,963.26 dan Indeks Straits Times, Singapura susut 0.03 peratus kepada 3,347.58.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM9.09, IHH Healthcare menokok lapan sen kepada RM5.56, Hong Leong Bank meningkat 14 sen kepada RM20.08 manakala Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM8.95 dan RM5.07.

Bagi saham aktif, Iskandar Waterfront menokok 16 sen kepada RM1.02, Ekovest meningkat lapan sen kepada 67 sen. Iris Corp naik satu sen kepada 16.5 sen, Compugates tidak berubah pada 2.5 sen. Sapura Energy turun setengah sen kepada 31 sen dan Seacera merosot 1.5 sen kepada 32 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 30.11 mata kepada 11,497.23, FBMT100 naik 26.79 mata kepada 11,324.88 dan FBM 70 adalah 76.38 mata lebih tinggi pada 14,382.51.

Indeks FBM Emas Shariah naik 8.15 mata kepada 11,690.02 dan Indeks FBM Ace melonjak 28.37 mata kepada 4,692.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 60.90 mata kepada 16,745.26, Indeks Perladangan menambah 10.23 mata kepada 7,228.91, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.49 mata kepada 168.30.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 1.86 juta saham bernilai RM1.57 bilion berbanding 1.95 bilion saham bernilai RM1.99 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 200.79 juta unit bernilai RM22.43 juta daripada 416.81 juta unit bernilai RM89.25 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 465.19 juta saham bernilai RM90.72 juta berbanding 513.24 juta saham bernilai RM92.01 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 203.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (303.46 juta), pembinaan (487.66 juta), teknologi (125.06 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (20.58 juta) 264.04 juta), perladangan (21.13 juta), REIT (8.38 juta), dana tertutup (8,000), tenaga (351.15 juta), penjagaan kesihatan (21.29 juta), telekomunikasi dan media (19.89 juta) , dan utiliti (19.30 juta).

– BERNAMA

Berita Harian X