Jumaat, 15 March 2019 | 9:54am

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan pengukuhan dolar AS dan mengimbangi beberapa data ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0900 / 0940 berbanding 4.0890 / 0940 pada penutup semalam.

Pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping bagi menyelasaikan konflik perdagangan kedua negara yang dijadualkan diadakan bulan ini akan ditangguhkan hingga April.

“Perkembangan luar menguasai sentimen dalam pasaran tempatan walaupun terdapat berita baik di sini.

“Kesepakatan perdagangan antara AS dan China dijangka tertunda hingga April, menyebabkan pelabur berada dalam ketidakpastian, mendorong mereka untuk mencari dolar AS sebagai aset yang selamat,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6564 / 6609 daripada 3.6594 / 6648 pada hari Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4160 / 4217 daripada 5.4200 / 4274, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6229 / 6295 daripada 4.6259 / 6320.

Walau bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0167 / 0198 daripada 3.0162 / 0201 semalam.

- BERNAMA

 

266 dibaca
Berita Harian X