Rabu, 13 Februari 2019 | 7:49am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Wall Street menokok apabila pelabur terpesona oleh perjanjian perbelanjaan kongres bagi menghindari satu lagi penutupan jentera kerajaan persekutuan selain keyakinan menyelubungi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ketiga-tiga indeks utama saham AS mencatat peratusan kenaikan satu hari terbesar mereka untuk bulan ini setakat ini, masing-masing naik lebih daripada satu peratus. S&P 500 mengakhiri sesi di atas purata pergerakan 200 hari untuk kali pertama sejak awal Disember.

Presiden Donald Trump berkata beliau bersedia melanjutkan tarikh akhir tarif 1 Mac ketika mana pegawai terkemuka AS tiba di Beijing bagi perbincangan peringkat tinggi.

Dow Jones Industrial Average naik 372.65 mata atau 1.49 peratus kepada 25,425.76.

S & P 500 naik 34.93 mata atau 1.29 peratus kepada 2,744.73.

Nasdaq Composite menambah 106.71 mata atau 1.46 peratus kepada 7,414.62.

Amazon.com Inc memberi lonjakan terbesar kepada S&P 500 dan Nasdaq, meningkat 3.0 peratus selepas Walmart Inc mengakhiri usaha sama dengan firma logistik Devi.

Under Armor Inc melonjak 6.9 peratus selepas pengeluar pakaian sukan itu mengatasi ramalan keuntungan penganalisis bagi suku dikaji.

Sejumlah 7.09 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.45 bilion saham purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

57 dibaca
Berita Harian X