Selasa, 12 Februari 2019 | 8:02am

Wall Street bercampur-campur

NEW YORK: Wall Street naik turun tetapi jarang menyimpang daripada tahap pembukaan ketika mana pelabur memantau perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang sedang berlangsung, potensi ketidaksepakatan kongres dan prospek pendapatan 2019 yang berkurangan.

The S&P 500 dan Nasdaq mencatat peningkatan nominal manakala Dow susut.

Kedua-dua Beijing dan Washington menyatakan keyakinan berhubung rundingan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu, walaupun misi Tentera Laut AS di Laut China Selatan yang dipertikaikan menimbulkan kemarahan China.

Di Washington, pemimpin kongres cuba mencapai kesepakatan berhubung pembiayaan keselamatan sempadan dalam usaha untuk mengelakkan satu lagi penutupan jentera kerajaan.

Dow Jones Industrial Average turun 53.22 mata atau 0.21 peratus kepada 25,053.11.

S&P 500 naik 1.92 mata atau 0.07 peratus kepada 2,709.8.

Nasdaq Composite menambah 9.71 mata atau 0.13 peratus kepada 7,307.91.

Daripada 11 sektor utama S&P utama, hanya perkhidmatan komunikasi, utiliti dan penjagaan kesihatan ditutup lebih rendah.

Saham perindustrian yang sensitif tarif memberi lonjakan terbesar kepada S&P 500, diterajui Union Pacific Corp, General Electric Co dan FedEx Corp, antaranya.

Saham Tesla Inc menokok 2.3 peratus selepas Cannacord Genuity menaik taraf sahamnya kepada "beli" daripada "pegang".

Apple Inc turun 0.6 peratus lebih rendah selepas firma penyelidikan industri IDC berkata dalam laporan bahawa penjualan iPhone di China jatuh sebanyak 20 peratus pada suku keempat.

Sejumlah 6.23 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.43 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

126 dibaca
Berita Harian X