Rabu, 9 Januari 2019 | 10:52am

Harga minyak meningkat hari ini

SINGAPURA: Harga minyak mentah meneruskan keuntungan daripada sesi terdahulu berikutan harapan bahawa Washinton dan Beijing boleh menyelesaikan pertikaian dagangan yang telah mencetuskan kelembapan ekonomi global.

Niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$50.29 setong, naik 51 cents, atau satu peratus daripada penutup terakhirnya.

Ia adalah pertama kali bagi WTI melepasi paras AS$50 setong pada tahun ini.

Niaga hadapan Brent pula meningkat 42 cents, atau 0.7 peratus kepada AS$59.14 setong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah itu sudah mengalami kenaikan lebih daripada dua peratus dalam sesi terdahulu.

Ketua Dagangan Asia/Pasifik Oanda di Singapura, Stephen Innes berkata minyak mentah terus mengalami kenaikan berikutan laporan awal dari Beijing yang memberikan harapan kejayaan rundingan dagangan berkenaan.

“Selepas bulan Disember yang suram bagi pasaran risiko, minyak mentah terus menunjukkan prestasi positif,” katanya.

Berita Harian X