Jumaat, 28 Disember 2018 | 7:42am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) menokok kembali ke wilayah positif selepas mencatat penurunan ketara pada sebahagian besar sesi.

Kenaikan datang sehari selepas indeks utama mencatatkan peningkatan peratusan harian terbesar dalam hampir satu dekad.

Kenaikan dua hari S&P 500 sebanyak 5.9 peratus adalah prestasi terbaik bagi indeks penanda aras itu sejak akhir Ogos 2015 apabila pasaran sedang berada di tengah-tengah kelembapan yang melanda China.

Bagaimanapun, ketiga-tiga indeks utama kekal turun lebih daripada sembilan peratus bagi Disember.

S&P 500 berada di landasan untuk mencatat peratusan penurunan tahunan terbesar sejak 2008.

Dow Jones Industrial Average naik 260.37 mata, atau 1.14 peratus, kepada 23,138.82.

S&P 500 menambah 21.13 mata, atau 0.86 peratus, kepada 2,488.83.

Nasdaq Composite menokok 25.14 mata, atau 0.38 peratus, kepada 6,579.49.

Semua 11 sektor utama S&P 500 ditutup dalam wilayah positif.

Sejumlah sembilan bilion saham bertukar tangan, di bawah 9.2 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X