Selasa, 27 November 2018 | 7:51am

Wall Street melantun

NEW YORK: Wall Street mencatat lantunan menyaksikan kembalinya pemburu saham murah ke dalam pasaran.

S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average menokok sekitar 1.5 peratus, manakala Nasdaq naik lebih dua peratus.

Ketiga-tiga indeks itu mencatat peratusan kenaikan terbesar dalam tempoh tiga minggu.

Jumaat lalu S&P 500 ditutup 10.2 peratus di bawah rekod tertinggi, mengesahkan pembetulan untuk kali kedua tahun ini.

Pada penutup, Dow Jones Industrial Average menokok 354.29 mata, atau 1.46 peratus, kepada 24,640.24.

S&P 500 menambah 40.89 mata, atau 1.55 peratus, kepada 2,673.45.

Nasdaq Composite menambah 142.87 mata, atau 2.06 peratus, kepada 7,081.85.

Semua 11 sektor utama S&P 500 mencatat peningkatan.

Sejumlah 6.68 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.02 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X