Jumaat, 9 November 2018 | 2:35pm

Bursa Malaysia rendah pada tengahari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah pada akhir sesi pagi ini, dengan jualan dilihat dalam kebanyakan saham wajaran tinggi, selain pasaran lebih luas.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.40 mata kepada 1,708.02 daripada ditutup pada Khamis, yang menyaksikan indeks utama naik 6.54 mata kepada 1,721.42.

Indeks dibuka rendah 2.14 mata kepada 1,719.28 dan berada antara 1,706.80 dan 1,19.73 sepanjang sesi.

Public Investment Bank Bhd dalam nota berkata FBM KLCI dijangka rendah, selepas saham AS mencatatkan peningkatan selepas pilihan raya separuh penggalnya, manakala dolar meningkat berikutan Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Di pasaran lebih luas Bursa Malaysia, kaunter rugi lebih tinggi berbanding kaunter untung sebanyak 522 berbanding 183, dengan 273 kaunter tidak berubah, 876 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 952.0 juta unit bernilai RM786.40 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan PChem, masing-masing merosot 10 sen kepada RM9.22 dan RM9.60, PBBank dan Tenaga, masing-masing susut dua sen kepada RM24.68 dan RM14.92, manakala CIMB berkurangan lapan sen kepada RM5.61.

Bagi saham aktif, SapNRG dan Seacera, masing-masing menambah setengah sen kepada 36.5 sen dan 26 sen, PresBhd tidak berubah pada 71.5 sen dan TatGiap susut setengah sen kepada 20.5 sen.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 99.85 mata kepada 12,024.55 dan FBM 70 berkurangan 109.61 mata kepada 13,851.30, Indeks FBM Emas jatuh 93.64 mata kepada 11,847.18, Indeks FBMT 100 susut 91.92 mata kepada 11,688.76 dan Indeks FBM Ace turun 40.66 mata kepada 4,972.12.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 21.93 mata kepada 7,347.30 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 125.5 mata kepada 17,171.54 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.22 mata kepada 173.98. -BERNAMA

47 dibaca
Berita Harian X