Rabu, 13 Disember 2017 | 11:00am

Minyak mentah Brent naik kepada AS$63.84

TOKYO: Harga minyak meningkat pada sesi dagangan awal Asia pada Rabu selepas data industri menunjukkan pengurangan stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS) lebih daripada jangkaan.

 

Minyak mentah Brent naik 50 cents atau 0.8 peratus kepada AS$63.84 setong pada 0152 GMT.

 

Ia berada pada AS$1.35 atau 2.1 peratus kepada AS$63.34 pada Selasa, selepas memperoleh keuntungan berikutan berita mengenai penutupan saluran paip di lautan utara yang mana menyebabkan penanda aras global berada lebih AS$65.00 untuk kali pertama sejak pertengahan 2015.

 

Minyak mentah AS West Texas Tntermediate (WTI) naik 36 cents, atau 0.6 peratus pada AS$57.50 setong.

 

Selepas sesi penutup pada Selasa, kumpulan industri American Petroleum Institute, berkata saham minyak mentah AS jatuh 7.4 juta tong minggu lalu.

 

Ia menunjukkan kejatuhan dua kali ganda daripada jangkaan penganalisis pada 3.8 juta tong. -- REUTERS

Berita Harian X