Khamis, 7 Disember 2017 | 11:29am

Bitcoin cecah rekod tertinggi AS$14,047.40

TOKYO: Bitcoin meneruskan kenaikan, melepasi paras AS$13,000 untuk mencecah rekod tertinggi AS$14,047.40, hari ini.

Ia didagangkan di bawah paras AS$1,000, pada awal tahun.

Mata wang kripto itu sebelum ini ditutup menokok 2.94 peratus pada AS$14,030.00 di bursa Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg.

Bitcoin mendapat lonjakan selepas pengumuman pihak kawal selia Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu bahawa ia membenarkan CME Group Inc dan CBOE Global Markets menyenaraikan kontrak hadapan bitcoin. - Reuters

15 dibaca
Berita Harian X