Rabu, 6 Disember 2017 | 6:44pm

Stok tinggi dorong penyusutan harga minyak

SINGAPURA: Harga minyak merosot hari ini berikutan inventori di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan apabila pasaran menyaksikan isyarat permintaan yang tinggi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, turun 6 cent kepada AS$62.80 setong pada 0751 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$57.50 setong turun 22 cent.

Peniaga berkata, harga jatuh selepas laporan Institut Petroleum Amerika (API) pada Selasa yang menunjukkan kenaikan 9.2 juta tong dalam stok petrol bagi tempoh seminggu berkahir 1 Disember dan peningkatan sebanyak 4.3 juta tong dalam inventori bahan api suling termasuk diesel motor dan minyak pemanas.

Pendapat bahawa simpanan minyak lebih tinggi yang memberi gambaran bahawa permintaan lemah menyebabkan kejatuhan dalam inventori sebanyak 5.5 juta tong kepada 451.8 juta tong, kata peniaga.

Di luar AS, penganalisis berkata pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Russia dan pengeluar lain - minggu lalu yang dilanjutkan ke tahun depan membantu melonjakkan harga Brent lebih 40 peratus sejak Jun.

Dengan pemotongan bekalan yang mungkin berlaku sepanjang 2018, penganalisis berkata harga minyak mentah disokong dengan baik.

"Permintaan global yang kukuh dan bekalan yang diperketatkan mampu menyaksikan Brent naik hingga AS$70 setong menjelang pertengahan 2018," kata Bank of America Merrill Lynch dalam laporannya. - Reuters

Berita Harian X