Isnin, 13 November 2017 | 7:22pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, sejam sebelum dagangan ditutup.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 4.79 mata lebih rendah pada 1,737.49 berbanding 1,742.28 pada penutupan Jumaat.

Indeks utama yang dibuka 0.86 mata lebih tinggi pada 1,743.14, mencecah paras tertinggi pada 1,746.72 dan turun naik dalam julat 9.23 mata, sepanjang hari.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 319 berbanding 594, manakala 379 kaunter tidak berubah, 542 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.89 bilion unit bernilai RM2.24 bilion berbanding 3.10 bilion unit bernilai RM2.13 bilion semalam.

Sokongan belian ke atas Petronas Dagangan (PetDag) dan kaunter wajaran tinggi berkaitan minyak dan gas, perbankan dan perkapalan, menyokong indeks komposit, berselang-seli dengan pengambilan untung saham wajaran tinggi yang diketuai Petronas Gas (PetGas).

PetDag, yang mencatatkan pendapatan teras yang kukuh pada suku ketiga berakhir 30 September 2017 adalah penyumbang utama kepada indeks komposit (+3.54 mata), meningkat RM2.10 kepada RM23.70, dengan 788,600 saham diurusniagakan.

Saham penggerak utama komponen FBM KLCI lain ialah MISC, yang meningkat tujuh sen kepada RM7.37, Westports menokok lapan sen kepada RM3.75 manakala Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM7.45.

Sementara itu, PetGas mengetuai senarai saham mewah paling rugi (-1.21 mata), susut 36 sen kepada RM17.44.

Bagi saham wajaran tinggi lain, CIMB susut lima sen kepada RM6.13 manakala IOI Corp dan Tenaga masing-masing turun lapan sen kepada RM4.42 dan RM14.82.

Antara saham aktif, kumpulan hartanah, Trive, tidak berubah pada 9.5 sen, Sumatec susut setengah sen kepada lima sen, MUI turun lima sen kepada 21.5 sen dan Palette susut 8.5 sen kepada 40.5 sen , manakala Hibiscus menokok satu sen kepada 80 sen.

Indeks FB Emas susut 24.38 mata kepada 12,557.11, Indeks FBMT 100 susut 26.39 mata kepada 12,192.30 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 16.83 mata kepada 13,012.89.

FBM Ace merosot 41.74 mata kepada 6,786.98, manakala FBM 70 susut 6.83 mata kepada 15,542.04.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 49.42 mata kepada 16,180.30, Indeks Perusahaan merosot 9.85 mata kepada 3,191.90 dan Indeks Perladangan turun 60.35 mata kepada 7,955.66.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.80 bilion unit bernilai RM2.03 bilion berbanding 1.82 bilion unit bernilai RM2.11 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 843.76 juta saham bernilai RM177.36 juta berbanding 2.02 bilion saham bernilai RM1.96 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 237.29 juta unit bernilai RM33.33 juta berbanding 218.49 juta unit bernilai RM30.06 juta pada Jumaat.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 87.83 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (355.63 juta), pembinaan (110.41 juta), dagangan dan perkhidmatan (784.65 juta), teknologi (288.83 juta), infrastruktur (5.26 juta), SPAC (320,200), kewangan (41.55 juta), hotel (11.60 juta), hartanah (87.95 juta), perladangan (10.87 juta), perlombongan (1,100), REIT (14.42 juta), dan dana tertutup (15,000). - BERNAMA

Berita Harian X