Jumaat, 27 Oktober 2017 | 9:29pm

Bursa Malaysia tinggi akhiri dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melantun dan ditutup tinggi hari ini susulan minat belian berterusan saham-saham wajaran tinggi, ekoran sentimen positif hasil daripada pembentangan Bajet 2018, selain menjejaki prestasi kukuh bursa serantau, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.33 mata untuk ditutup pada 1,746.13 berbanding 1,736.80 pada penutupan Khamis.

Selepas dibuka 4.54 mata lebih tinggi pada 1,741.34 pada sebelah pagi, indeks bergerak antara 1,739.89 dan 1,751.50 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 511 berbanding 344, manakala 399 kaunter tidak berubah, 621 tidak diniagakan dan 106 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.76 bilion bernilai RM2.66 bilion berbanding 2.53 bilion unit bernilai RM2.13 bilion pada Khamis.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan juga mengukuh di sepanjang sesi dagangan susulan belian berterusan saham wajaran tinggi.

"Prestasi Bursa Malaysia juga selari dengan bursa serantau yang terus mengukuh pada Jumaat, didorong oleh saham teknologi, hasil daripada petunjuk pendapatan tinggi oleh firma teknologi Amerika Syarikat (AS) manakala euro berlegar menghampiri tahap terendah dalam tempoh tiga bulan berbanding dolar selepas Bank Pusat Eropah meneruskan rangsangan," katanya.

Di bursa serantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 1.24 peratus kepada 2,008.45, Hang Seng Hong Kong meningkat 0.84 peratus kepada 28,438.43, Kospi Korea Selatan menokok 0.64 peratus kepada 2,496.63, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.69 peratus kepada 3,379.46 dan Shanghai Stock Exchange meningkat 0.27 peratus kepada 3,416.82.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB melonjak 62 sen kepada RM14.96, Sime Darby menokok sembilan sen kepada RM9.17, Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM7.38, Maybank turun satu sen kepada RM9.23, manakala Public Bank tidak berubah pada RM20.48.

Antara kaunter aktif, waran UMW Oil & Gas menokok dua sen kepada 16.5 sen, Hubline dan Sino Hua-An masing-masing meningkat setengah sen kepada 18.5 sen dan 23.5 sen, waran GPA Holdings susut setengah sen kepada 4.5 sen, manakala APFT kekal pada tiga sen.

Indeks FBM Emas meningkat 81.91 mata kepada 12,551.61, Indeks FBMT100 menambah 80.95 mata kepada 12,191.47, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 151.89 mata kepada 12,998.11 dan FBM 70 meningkat 160.32 mata kepada 15,313.31.

FBM Ace bagaimanapun susut 12.27 mata kepada 6,881.34.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 12.03 mata kepada 7,951.47, Indeks Perusahaan menokok 10.74 mata kepada 3,204.17 dan Indeks Kewangan menambah 16.75 mata kepada 16,258.44.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.02 bilion saham bernilai RM2.53 bilion berbanding 1.50 bilion saham bernilai RM1.95 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 528.75 unit bernilai RM107.73 berbanding 862.19 unit bernilai RM157.50.

Waran meningkat kepada 191.01 saham bernilai RM20.09 mata berbanding 138.03 juta saham bernilai RM13.40 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 92.02 juta saham yang diniagakan di Pasaran Saham barangan perusahaan (374.26 juta), pembinaan (169.97 juta), perdagangan dan perkhidmatan (873.51 juta), teknologi (253.98 juta), infrastruktur (4.93 juta), SPAC (1.12 juta), kewangan (43.87 juta), hotel (818,700), hartanah (147.58 juta), perladangan (46.11 juta), perlombongan (35,000), REITs (13.32 juta), dan dana tertutup (8,000). - BERNAMA

Berita Harian X