Jumaat, 6 Oktober 2017 | 7:16pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia secara keseluruhannya tinggi bagi mengakhiri minggu ini, didorong momentum belian dalam saham wajaran tinggi, serta seiring pasaran serantau.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.91 mata atau 0.28 peratus untuk mencapai paras tertinggi harian, 1,764.0 berbanding 1,759.09 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 1.07 mata lebih rendah kepada paras terendah harian 1,758.02.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 488 berbanding 349, manakala 424 kaunter tidak berubah, 590 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanapun, berkurangan kepada 2.49 bilion unit bernilai RM1.95 bilion, daripada 3.15 bilion unit bernilai RM2.06 bilion yang direkodkan pada Khamis.

Pasaran memberi reaksi positif selepas angka perdagangan Ogos dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini.

Eksport Malaysia pada Ogos 2017 meningkat secara ketara iaitu 21.5 peratus kepada RM82.23 bilion dan melebihi paras RM80 bilion bagi kali kedua dalam tahun ini, manakala jumlah perdagangan keseluruhan berkembang 22 peratus kepada RM154.59 bilion.

Sementara itu, lebihan dagangan juga melonjak kepada RM60.84 bllion bagi tempoh lapan bulan pertama 2017 berbanding RM52.47 bilion yang dicatat pada tempoh yang sama 2016.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.86 peratus kepada 3,289.81, Nikkei 225 Jepun bertambah 0.30 peratus kepada 20,690.71 dan Hang Seng Hong Kong menokok 0.28 peratus kepada 28,458.04.

Bagi pasaran tempatan, TNB naik dua sen kepada RM14.26, Sime Darby bertambah lapan sen kepada​​​​​​​RM9.12, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM7.35, CIMB menokok satu sen kepada RM6.41 manakala​ ​​​​​​Maybank dan Public Bank masing-masing mendatar pada RM9.54 dan RM20.56.

Indeks FBM Emas meningkat 41.47 mata kepada 12,597.64, Indeks FBMT 100 naik 40.18 mata kepada​​​​​​​12,249.45 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 50.49 mata kepada 12,854.67.

FBM 70 melonjak 72.38 mata kepada 15,137.99 dan FBM Ace meningkat 50.06 mata kepada 6,665.78.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 5.79 mata kepada 7,921.23, Indeks Kewangan bertambah​​​​​​​17.46 mata kepada 16,575.53 dan Indeks Perusahaan menokok 11.83 mata kepada 3,215.08.

Antara saham aktif, Palette Multimedia meningkat 2.5 sen kepada 36 sen, M3 Technologies menokok satu sen kepada 10.5 sen, Hibiscus Petroleum bertambah setengah sen kepada 67 sen, Cuscapi naik 3.5 sen kepada 33 sen dan Sino Hua-Ann turun 1.5 sen kepada 22.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.71 bilion unit bernilai RM1.81 bilion, daripada​​​​​​​2.24 bilion unit bernilai RM1.88 bilion, pada Khamis.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 652.57 juta saham bernilai RM126.12 juta, daripada​​​​​​​ 777.60 juta saham bernilai RM174.02 juta semalam.

Jumlah dagangan waran menguncup kepada 121.17 juta unit bernilai RM12.52 juta, daripada 125.58 juta unit bernilai RM11.38 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 62.13 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan​​​​​​​ (357.33 juta), pembinaan (186.31 juta), perdagangan dan perkhidmatan (605.81 juta), teknologi​​​​​​​(141.31 juta), infrastruktur (5.06 juta), SPAC (5.65 juta), kewangan (53.58 juta), hotel (101,100), hartanah (264.88 juta), perladangan (26.55 juta), perlombongan (35,000), REIT (4.2 juta), dan dana tertutup (sifar). - BERNAMA

Berita Harian X