Isnin, 18 September 2017 | 7:21pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh kerugian kaunter berkaitan indeks terutamanya Petronas Gas, IHH Healthcare, Genting Malaysia dan Hong Leong Financial.

Ketika ditutup petang ini, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.67 mata kepada 1,783.66 berbanding 1,786.33 pada Jumaat lalu.

Terdahulu, indeks penanda aras itu dibuka dengan menokok 3.4 mata kepada 1,782.93.

Petronas Gas berkurangan 24 sen kepada RM18.34, IHH Healthcare merosot 11 sen kepada RM5.89 manakala Genting Malaysia dan Hong Leong Financial masing-masing rugi 12 sen kepada RM5.70 dan RM17.04.

Seorang peniaga berkata, pasaran gagal mendapat pemangkin untuk mencecah paras 1,790 apabila dagangan sebaliknya dikuasai oleh aktiviti penjualan saham.

Menurutnya, saham berharga murah dan di pasaran meluas terus menyaksikan corak dagangan bercampur-campur dengan beberapa pemangkin dagangan bagi mengekalkan momentum belian.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 24.92 mata kepada 12,698.76, Indeks FBMT 100 berkurangan 28.74 mata kepada 12,359.2 namun FBM Ace meningkat 6.7 mata kepada 6,699.3.

Indeks FBM Emas Shariah turun 41.91 mata kepada 12,886.07 dan FBM 70 berkurangan 73.87 mata kepada 15,173.01.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 7.6 mata kepada 7,978.26, Indeks Kewangan meningkat 5.689 mata kepada 16,834.67 manakala Indeks Perusahaan susut 5.97 mata kepada 3,236.58.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 458 berbanding 406 dengan 365 kaunter tidak berubah, 613 tidak didagangkan dan 36 lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.99 bilion unit bernilai RM1.6 bilion daripada 2.15 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Jumaat.

Bagi saham berwajaran tinggi lain, Maybank untung 10 sen kepada RM9.80, TNB menokok dua sen kepada RM14.58 dan Public Bank meraih empat sen kepada RM20.58.

Sime Darby sebaliknya rugi satu sen kepada RM9.19 manakala CIMB berkurangan enam sen kepada RM6.69.

Bagi saham aktif, Sino Hua-An untung dua sen kepada 25.5 sen, Vizione menambah satu sen kepada 15.5 sen manakala Vivocom meningkat setengah sen kepada 13.5 sen.

MLabs susut setengah sen kepada 9.5 sen dan AirAsia X tidak berubah pada 39 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.23 bilion saham bernilai RM1.48 bilion daripada 1.54 bilion saham bernilai RM2.59 bilion pada Jumaat.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 610.23 juta saham bernilai RM100.76 juta daripada 454.97 juta saham bernilai RM84.69 juta, sebelumnya.

Jumlah waran meningkat kepada 142.79 juta unit bernilai RM20.61 juta daripada 140.86 juta unit bernilai RM20.45 juta pada minggu lalu.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 64.24 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (361.93 juta), pembinaan (152.96 juta), perdagangan dan perkhidmatan (386.47 juta), teknologi (93.12 juta), infrastruktur (28.86 juta), SPAC (412,300), kewangan (45.94 juta), perhotelan (2.01 juta), hartanah (92.03 juta), perladangan (26.31 juta), perlombongan (24,600), REIT (4.77 juta) dan dana tertutup (sifar).

-- BERNAMA

Berita Harian X