Jumaat, 4 Ogos 2017 | 6:54pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama kembali meningkat setelah mengalami penurunan sebelumnya dan berakhir pada paras tertinggi harian, dipacu oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan hari ini pada 1,774.53, naik 2.63 mata, selepas mencecah paras terendah harian pada 1,770.14 sebelumnya.

Pasaran dibuka 0.56 mata lebih tinggi pada 1,772.46 berbanding 1,771.90 semasa ditutup semalam.

Di pasaran, saham rugi mengatasi saham untung pada 432 berbanding 368, dengan 424 kaunter tidak berubah, 610 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.42 bilion unit bernilai RM1.47 bilion daripada 1.75 bilion unit bernilai RM1.75 bilion pada Khamis.

Bagi saham wajaran tinggi, Hong Leong Bank melonjak 34 sen kepada RM16, Public Bank meningkat 16 sen kepada RM20.76, manakala IHH Healthcare dan Petronas Chemicals menokok empat sen, masing-masing kepada RM6 dan RM7.01.

Maybank menambah satu sen kepada RM9.65, CIMB menokok dua sen kepada RM6.62, Sime Darby kekal pada RM9.40 dan TNB pula susut dua sen kepada RM14.16.

Antara saham aktif, Frontken meningkat satu sen kepada 41 sen, Johan Holdings menambah 3.5 sen kepada 34 sen, Mtouche Technology naik 1.5 sen kepada 44 sen, Globaltec dan Anzo tidak berubah, masing-masing pada 5.5 sen dan 10.5 sen, manakala Evergreen merosot 5.5 sen kepada 84 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 14.72 mata kepada 12,619.87, Indeks FBMT 100 naik 15.01 mata kepada 12,268.19, Indeks FBM Emas Syariah menokok 4.67 mata kepada 12,744.01, FBM 70 tambah 6.15 mata kepada 14,956.75 dan FBM Ace melonjak 51.53 mata kepada 6,576.41.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan menambah 44.61 mata kepada 16,822.86, Indeks Perusahaan menokok 17.83 mata kepada 3,265.33 dan Indeks Perladangan meningkat 0.84 mata kepada 7,850.78.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 894.50 juta saham bernilai RM1.32 bilion daripada 1.12 bilion saham bernilai RM1.54 bilion pada Khamis.

Waran merosot kepada 188.71 juta unit bernilai RM39.4 bilion daripada 199.61 juta units bernilai RM52.71 juta semalam.

Pasaran ACE pula menyusut kepada 316.88 juta saham bernilai RM106.53 juta daripada 427.68 juta saham bernilai RM149.48 juta.

Barangan pengguna menguasai 59.12 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (250.46 juta), pembinaan (80.79 juta), dagangan dan perkhidmatan (273.96 juta), teknologi (39.26 juta), infrastruktur (7.68 juta), SPAC (3.26 juta), kewangan (72.36 juta), hotel (6.17 juta), hartanah (82.47 juta), perladangan (9.18 juta), perlombongan (2,000), REIT (9.73 juta) dan tertutup/dana (44,000). - BERNAMA

Berita Harian X