Jumaat, 15 November 2019 | 4:24pm

China, AS negara paling banyak berhutang

WASHINGTON: Hutang global mencecah paras tertinggi AS$250 trilion (RM1.04 kuadrilion), dengan China dan Amerika Syarikat (AS) merangkumi lebih daripada 60 peratus pinjaman baharu, kata Institute of International Finance (IIF).

Pinjaman oleh kerajaan, isi rumah dan perniagaan bukan kewangan kini merangkumi lebih daripada 240 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan berkembang lebih pantas berbanding ekonomi global, kata IIF dalam laporan yang diterbitkannya.

Dalam kalangan negara maju, kerajaan merangkumi sebahagian besar pinjaman sejak sedekad lalu, kata IIF.

Dalam pasaran sedang pesat membangun, syarikat-syarikat menjadi peminjam terbesar, namun lebih daripada separuh kutang korporat di negara terbabit dipegang oleh perniagaan milik kerajaan.

Laporan itu memetik had dan risiko adalah berkait dengan pertumbuhan ekonomi yang dirangsang oleh hutang.

Ia berkata, pasaran sedang pesat membangun yang semakin bergantung kepada pinjaman mata wang asing termasuk Turki, Mexico dan China, mungkin terdedah kepada risiko jika pertumbuhan terus perlahan.

Malah, ia berkata bahawa negara berhutang tinggi yang turut mempunyai pendedahan tinggi terhadap risiko iklim, mungkin berdepan masalah dengan peningkatan pantas pembiayaan.

-Bloomberg

Berita Harian X